Friday, July 14, 2006

Gunung Datuk...

Sabtu lepas, aku dengan kawan-kawan mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Sudah hampir 2 bulan ketiadaan aktiviti mendaki. Gunung Datuk sudah pernah aku daki pada tahun 2004. Seingat aku, pendakian tidak mengambil masa yang panjang.

Semua kawan-kawan berkumpul di DBKL sekitar pukul 10 pagi pada hari sabtu itu. Suzie orang terakhir sampai bersama Ina. Setelah semua sampai, kami pun bertolak terus ke kaki gunung. Sebelum itu sempat juga makan tengahari di Rembau.

Pendakian bermula tepat pukul 2.30 ptg selepas segala urusan pendaftaran di pejabat perhutanan selesai. Cuaca agak panas juga berbanding dengan waktu pertama kali aku mendaki di mana waktu itu baru lepas hujan. Tapi kali ini, tiada hujan dan angin menyebabkan terasa keletihan yang amat sangat. Peluh meleleh bagai air sungai. Setelah 15 minit mendaki, aku mula sedar pendakian ini tidak mudah tapi perlu diteruskan juga. Akhirnya, setelah mendaki selama 2 jam 45 minit, aku berjaya tiba di puncak dengan Hadi mendahului aku. Rakan yang lain tiba kemudiannya. Kami pun mengambil kesempatan untuk menghilangkan keletihan di puncak batu Gunung Datuk. Angin bertiup sepoi, nyaman.

Malam itu, seperti biasa, Ati dan geng akan masak untuk makan malam. Memang rajin mereka semua. Selesai makan, kami naik sekali lagi ke puncak batu untuk berehat dan menikmati pemandangan waktu malam dari puncak. Sekitar jam 11 malam kami pun turun dan membuat aktiviti masing-masing. Ada yang berborak, ada yang masak maggi tapi aku lebih senang tidur. Keletihan sungguh. Aku lebih selesa tidur di luar saja. Dalam enak dibuai mimpi, hujan turun sekitar jam 6 pagi. Kelam kelibut jadinya. Terpaksalah tidur secara duduk sehingga terbit matahari. Rancangan untuk melihat matahari terbit pun musnah. Berhenti saja hujan, Ati dan geng menyediakan sarapan. Cekodok bilis, roti cecah kari ayam, buah apple dan air teh-o. Cukup berselera. Selesai sarapan, bersiap untuk turun ke kaki gunung. Tepat jam 11 pagi, kami pun bertolak. Aku mengambil masa 45 minit untuk tiba di kaki Gunung Datuk dengan Hadi mendahului aku juga. Lega rasanya.

Setelah membersihkan segala peralatan dan diri, kami pun bertolak ke Seremban untuk melawat Haiza yang kurang sihat. Kami di jamu dengan Cendol, Cara Berlauk dan Roti Jala. Memang menyelerakan walhal sudah makan tengah hari sebelum ke rumah Haiza. Dari situ kami pun pulang mengikut kenderaan masing-masing. Aku menghantar Ema ke Central Market, Suzie dan Ina ke DBKL. Aku pun terus pulang selepas itu. Keletihan.

Friday, June 23, 2006

Letih...

Beberapa minggu ni, aku memang keletihan sangat. Sebabnya... aku sering ke gym untuk bersenam. Selain tu aku masuk juga kelas-kelas seperti yoga dan sebagainya. Tapi sebagai permulaan aku kena pergi setiap hari untuk memantapkan stamina dan tubuh. Mungkin bila dah maintain barulah aku kurangkan kekerapan ke gym.

Minggu yang lalu, di gym mengadakan tema superman pada hari Isnin. Aku, shi, nd dan hadi sempat juga menyertai kelas yang diadakan lengkap dengan t-shirt superman. Akhirnya kami berjaya mendapatkan 3 tiket free untuk menonton filem Superman yang terbaru di Cineleisure berdekatan dengan the Curve.

Sabtunya, aku bersama teman-teman berkaraoke. Memang gila perangai masing-masing tapi menyeronokkan. Malam itu, aku sudah berjanji untuk menjemput teman-teman ke rumah untuk makan malam. Puding jagung sudah disediakan semalam lagi. Cuma perlu masak spaghetti dan kuahnya aje. Shi dan ispun teringin mencuba brownie coklat. Kurang menjadi tapi tetap sedap. Nd bawa ayam goreng. Malam itu sambil menyaksikan konsert AF4 yang ke-5, kami pun makan malam. Lewat jam 12 barulah mereka pulang.

Tuesday, June 20, 2006

Paintball...

Minggu yang lepas ni, memang dinanti-nantikan. Aku tak pernah mencuba permainan paintball ini dan ini merupakan percubaan pertama aku. Satu lagi yang menjadikan aku takut sedikit ada kerana aku dan mariati yang merancang perjalanan permainan ini. Kami mengharapkan segalanya akan berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, memang tak pernah tepat waktu bila pergi dengan member-member ni. Nasib baik teman-teman pejabat aku sudah sampai awal. Hampir jam 12 tgh hari permainan baru di mulakan setelah di beri serba sedikit taklimat. Memang paintball in mengasyikkan. Memandangkan permainan ini di buat di Woods Resort, Ulu Yam, kami mengambil kesempatan juga untuk berkelah. Masing-masing membawa juadah di samping penyediaan BBQ oleh mariati. Pendekata, memang seronok sangat setiap orang yang hadir. Permainan paintball tamat lewat tetapi aku terpaksa pulang awal kerana menumpang kereta nd.

Malamnya, aku, sheera dan andy makan malam di Cozy House. Hmm... dari siang ke malam, tak habis-habis makan.


* nak main lagi paintball, tak sabar nak tembak orang ni...

Di Puncak Genting....

11hb lalu, aku dengan kekawan naik ke Genting Highlands. Plan ni memang dah lama kawan2 rancang memandangkan ada promosi harga murah. Sememangnya aku tidak ada dalam senarai pun tetapi di saat akhir, aku di ajak sekali untuk mencukupkan kuota.

Memang menyeronokkan setelah lama tidak menjejakkan kaki di Kota Keriangan ini. Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuba segala permainan baik yang diluar atau pun di dalam. Satu-satu permainan yang membuat aku teruja sudah tentulah space shot. Terasa seperti di awangan-awangan tat kala kami di lepaskan turun ke bawah. Terdiam sekejap.

Bilik hotel di First World ini agak kecil tapi memadai untuk tido dengan selesa. Air pancuran di bilik mandi juga laju. Aku tidur hampir jam 2 pagi. Keesokannya, jam 8 pagi sudah bersedia untuk sarapan. Memang agak mengejutkan sebab hari ini hari permulaan sekolah setelah bercuti selama 2 minggu tetapi masih ramai lagi pengunjung di Genting ini. Semasa sarapan, kelihatan restoran penuh di kedua2 tingkat. Ternyata ramai pengunjung dari Negeri China.

Setelah membeli belah sedikit, kami pun bersiap untuk pulang. Malamnya, aku sempat ke gym untuk bersenam.

* terimakasih pada kawan2 yang mengajak, memang kenangan yang menyeronokkan.

Tuesday, June 06, 2006

Yoga....

Hampir tak sedar, sudah seminggu aku tak menulis. Tapi aku pun tak tahu apa yang hendak di tulis. Seperti hari-hari biasa, aku habiskan masa di gym cuma pada hari khamis lepas, aku ke The Curve. Itu pun sebab dah berjanji dengan sheera. Nd pun baru balik dari Beijing. Aku masuk kelas yoga. Ya, kali pertama masuk kelas yoga. Hmm.. letih dan sakit giler otot-otot. Lepas itu, aku ngan sheera masuk kelas bodysteps pulak. Memang letih la...

Sepanjang Andy tak de, memang kami jarang makan malam. Memandangkan dia dah balik, malam tu pergi la juga ke kedai mamak untuk makan.

Sabtu lepas Ady datang. Lepas selesai gym, aku ngan hadi ke warehouse sale kat Queen's Park di Cheras. Lain tempat yang nak dituju, lain tempat pulak yang kami beli barang. Tapi tak banyak shopping. Lepas selesai, kami ke rumah nd sebab malam tu kami berjanji nak berkumpul ngan Shi, is dan Mad Nor kat rumah nd. Aku dan Shi tidur di rumah nd. Malam itu, kami ke Bond, kelab malam terbaru di KL ni. Mungkin disebabkan cuti umum, tak ramai yang hadir. Hampir jam 3 pagi, kami pun pulang.

Esoknya, ada undangan majlis kawin kawan pada nd, is dan Shi. Aku dan hadi ikut aje. Lepas majlis tu, kami ke The Curve, hmmm.. dia orang ni kuat berbelanja.. he he he.. tak pe, kredit kad ada..

Habis shopping, kami makan di Marche. Pengalaman pertama kali bagi aku. Harga agak mahal tapi aku suka konsepnya. Memang letih dua hari ni. Ntah bila aku nak dapat cukup tidur..

Tuesday, May 30, 2006

Da Vinci Code, Siti Nurhaliza & Gym...

Sabtu dan Ahad lepas, aku habiskan masa di gym aje. Tak tau apa nak buat. Sabtu malam sempat menonton filem 'Da Vinci Code' dengan arif ngan Ami. Bagus juga ceritanya cuma terpaksa duduk di baris ketiga dari depan. Lepas tu, kita orang gi makan kat Pelita. Esoknya, dia orang join kelas bodysteps kat gym. Kelakar tengok dia orang terkial-kial nak mengikut.. he he he.
Ahad petang, selesai gym aku singgah kat Tower Records, KLCC tu. Pukul 3 nanti Siti Nurhaliza akan muncul. Waktu aku tiba kat situ, dah ramai yang beratur nak dapatkan autograph Siti. Ada juga jumpa member2 yang beli CD kali kedua semata-mata nak dapatkan autograph Siti. Malamnya tak de plan, duduk rumah tengok Konsert Prelude Akademi Fantasia ajelah. Tak de yang betul2 mengancam. Terutama yang di undi masuk melalui sms.
Semalam, aku di panggil boss sebab ada kerja baru. Aku pun ambil la assignment tu. Dokumen sumer tak sampai lagi. Hmm..kena tunggu lagi. Beberapa minggu ini aku dapat relaks sikit tapi bila dah relaks lama sangat, macam lupa lak macamana nak buat kerja...he he he. Paginya aku jumpa seorang lagi boss untuk dapatkan dokumen untuk satu projek lain. Rupanya, tak jadi nak teruskan projek itu. Aku pun rasa lega.. he he he.
Esok lak, apa yang akan jadi ye?...

Friday, May 26, 2006

Relaks...

Pejam celik, pejam celik dah hari jumaat. Thank god. Sepanjang minggu ini aku kerap ke gym, tapi hari ni rasanya aku nak merehatkan diri. Duduk dirumah aje la.
Kat ofis ni, masih lagi menunggu dokumen sampai. Sementara mengunggu tu, aku pun update la blog ni. Tak tau apa nak buat lagi. Masing-masing tak tau apa nak buat. Ada yang siap lelap sementara menunggu waktu balik. Aku pun nak lelap jap.. zzzzz

Thursday, May 25, 2006

Tugasan Baru...

Siang semalam, boss ada beri tugasan baru. Packagenya tak sampai lagi, baru di courier hari Selasa lepas, mungkin esok lusa baru sampai. Baru aje nak relaks dah ada kerja balik tapi ok juga sebab tak tahu nak letak apa nanti dalam timesheet. Sementara menunggu tugasan baru tu, aku pun mulalah menulis dalam blog ni...
Malam tadi aku ada PT terpaksalah juga ke gym. Hazal pun dah ada awal kat situ, so aku pun terus aje start PT ngan dia. Jumpa Nik kat dalam locker room. Rupanya Nik pun dah signed-up untuk PT juga dengan Wan. Hmmm.... Lepas sesi PT, aku masuk kelas line dancing, seronok sebab yang masuk tak ramai dan tak pandai.. he he he.. boleh tunjuk terror sikit. Member yang lain tak datang malam ni. A sibuk packing, S ke axis dan MN ke SPK.
Patutnya malam tadi Shah datang rumah sebab dia nak guna PC tapi senyap aje. Bila aku call, rupanya dia dah perbaiki PC dia. Biarlah...

Wednesday, May 24, 2006

Besday mad nor...

Besday MN

Semalam aku ke gym seperti biasa tapi sebelum itu aku singgah di rumah Nazeem untuk menghantar sedikit barangan. Nazeem adakan parti semalam tapi aku tak sempat nak hadir sama. Bila aku tiba di gym aku pun terus menyalin pakaian. Aku lihat shi dan nd pun sudah ada di sana lebih awal. Tetiba kas menyapa, aku langsung tak perasan dia sedang duduk di sofa walaupun aku sedia maklum dia akan ada di gym juga. Tak lama kemudian, mad nor pun tiba walaupun pada awalnya dia kata mungkin tak dapat join.
Aku, shi, nd dan mad nor pun masuk kelas steps tapi instructor pulak lambat tiba. Walaupun kelas bermula lewat, kepuasan terasa sebab memang berpeluh sakan kami semua. Selepas itu kami bergegas untuk bersiap sebab dah plan nak meraikan besday MN. Kami pun menuju ke salah satu restoran di KLCC tapi menu yang kami nak, tak de, so tukar restoran la. Restoran yang satu lagi tu memang kami suka lepak kat situ. Tanpa berlengah lagi, kami pun pesan makanan lah. Selesai makan dan berborak, tetiba datang la pelayan dengan sekeping ais-krim cake sambil menyanyi lagu 'happy birthday'.. konon terharu kejap la mad nor tu walaupun memang dah tau dia orang akan nyanyi.. he he he.
Ice-cream cake tak was on the house, so, lain kali kalau nak makan ice-cream cake free, kata aja nak celebrate besday.. dapat free.. he he he.. Semalam memang seronok walaupun letih sedikit. Seronok lepak bersama nd, shi dan mad nor. Happy aje...
* buat mad nor, Happy *5th Birthday, may all your wishes come true and god bless u.