Tuesday, March 23, 2010

Tandas

Hampir dua tahun lalu aku kembali ke pejabat ini setelah meninggalkannya agak lama. Berpuluh tahun la juga. Sungguh berbeza dengan keadaan masa mula-mula aku tinggalkan tempat ini. Walaupun terdapat bangunan yang lebih baru dan kononnya lebih canggih, tetapi kemudahan tandasnya lebih teruk berbanding dahulu.

Pertamakali masuk ketandas, aku kecewa kerana banyak bilik yang dalam keadaan buruk. Ada yang pamnya tidak berfungsi, ada yang tersumbat dan ada juga yang tiada kepala paip langsung.

Dalam begitu, aku terpaksa juga memilih salah satu tandas untuk digunakan. Aku pun memilih satu yang agak besar dan terdapat sinki dalam tandas itu. Alhamdulillah, selamat tetapi aku lihat banyak stokin dan seluar dalam yang diselit celah-celah batang paip dalam tandas itu. Aku keluar dengan perasaan hairan.

Lama-kelamaan, aku perhatikan tandas ini kadang-kala mendatangkan masalah. Kenapa? Sebab kadang-kadang dengan tidak semena-mena, air tak ada. Kering begitu saja. Bayangkan kalau sedang melepaskan hajat besar?..

Selang beberapa minggu, satu-satunya teman sekerja yang rapat dengan aku membebel-bebel tatkala kami keluar untuk makan tengahari. Rupa-rupanya dia terperangkap dalam tandas kerana ketiadaan air waktu dia membuang air besar. Puas dia menunggu air tak juga datang, akhirnya dia terpaksa mengorbankan stokinnya. Aku tergelak besar sepanjang hari itu. Terjawablah persoalan aku selama ini.

Hampir 5 bulan disini aku dihantar ke Kuantan pulak. Alhamdulillah, Kuantan tidak punya banyak masalah. Setelah selesai di Kuantan hampir setahun aku kembali ke sini. Keadaan tandas masih seperti dulu mungkin lebih baik kerana tiada lagi masalah air kerana aku perhatikan air sentiasa mengalir. Cuma aku terkilan sebab bilik tandas kegemaran aku, pintunya semakin singkat. Setiap apa yang dilakukan dalam tu akan ternampak bayangnya dari luar. Dan itu bukan lagi menjadi tandas pilihan aku sejak aku pulang ke sini.

5 comments:

saaba said...

ooo...patutlah hari tu abang kata abg buang air kat sinki..sehingga begitu hebat toiletnya..

aiman said...

eh.. bukan kat singki la... toilet tu.. time tu kat pili tak de air.. tapi kat singki ada.. so cemana tu?

saaba said...

jawapannya abg buang air kat sinki la..kan kan kan...

aiman said...

eee.. sikit tu kan tinggi..mana sampai.. ngok la

saaba said...

ala...apa saja bisa kalau dah terdesak...kan...?hiks...eleh, malu-malu plak dia nak ngaku..