Tuesday, March 20, 2007

Pitam?...

Aku terasa lemah seluruh badan, kakiku hampir tidak mampu lagi untuk berdiri. Aku keluar sebentar untuk mendapatkan seteguk air. Kembali semula, keadaan masih sama. Lalu aku terus tinggalkan kelas dengan memberitahu Kak Nor bahawa aku masih kurang sihat lagi. Aku terasa seperti mahu pitam.

Sebelum kelas bermula, sempat Kak Nor bertanyakan kenapa aku tidak hadir semalam. Ada juga orang lain yang bertanyakan kehilangan aku. Tapi Kak Nor masih berahsia. Sengaja tidak mahu memberitahu. Aku sangkakan aku sudah cukup kuat untuk mengikuti kelas hari ini. Ternyata aku tewas. Aku juga terasa lapar. Baru aku teringat kembali, aku cuma makan semangkuk bubur siang tadi. Mujur Jess menghantar sms mengajak aku makan malam. Terus saja aku ke Chilis.

Esok, Ulangtahun hari lahir Jess. Sebelum ke Chilis, aku singgah untuk membelikan hadiah buat Jess. Seperti biasa menu aku mesti yang sama. Selain Jess, Mei Li juga ada. Banyak topic yang menggelikan hati jadi perbualan kami. Dari soal agama sehinggalah ke masalah seksual. Selesai makan, aku pun pulang. Kepala terasa berat namun masih belum mahu tidur.

Esok... Esok aku terpaksa kerja... hu hu hu

Monday, March 19, 2007

Ganas...

Sungguh mengerikan. Ganas dan kejam... aku baru sahaja lepas menyaksikan cerita '300'. Mengisahkan Leonidas, Raja Sparta yang cuba melawan Xesxes, Raja Parsi yang berkuasa. Banyak adegan-adegan ganas dan kejam yang di paparkan. Selain sedikit unsur seksual. Namun, aku faham mengapa Leonidas tidak mahu tunduk kepada Xesxes walaupun dia di kenali sebagai raja kepada segala raja malah bertahap dewa?...Kerana Xesxes kelihatan seperti seorang 'drag queen'... he he he.

Aku sebenarnya mendapat cuti sakit untuk dua hari. Tetapi aku juga sudah ada temu janji pada pukul 11 pagi hari ini dengan Yus. Kali ini, Yus berpesan supaya jangan cukur misai dan janggut kerana produser mahu aku kelihatan lebih tua untuk watak sebagai doktor dalam iklan ini. Aku antara yang disenarai-pendekkan untuk iklan yang aku pergi casting minggu lalu. Produser mengatakan dia suka dengan lakunan aku kerana kelihatan bersahaja disamping kefasihan aku berbahasa mandarin berbanding calon lain. Namun, klien kurang pasti kerana aku kelihatan muda dan mereka mahukan seorang doktor yang lebih berusia. Aku dimekapkan oleh makeup artis untuk kelihatan tua siap dengan rambut dan misai beruban. Dengan keadaan kurang sihat, aku gagahi juga. Aku tidak pasti aku telah melakukan yang terbaik. Selesai casting, aku terus pulang dan ubat yang aku ambil menjadikan aku mengantuk dan terus tertidur. Bangun dari tidur, seluruh tubuhku dan cadar basa dengan peluh.

Aku terus bersiap untuk ke gym kerana aku mahu mengikut kelas intermediate/advance steps. Setibanya di KLCC, aku merasakan badan aku masih lemah dan belum sihat sepenuhnya aku pun terus membeli tiket untuk menyaksikan 300.

Sunday, March 18, 2007

Memang Demam...

Sah...Aku sudah bersin banyak kali sepanjang hari ini.Hingus meleleh. Batuk bertalu-talu. Aku benci. Aku tidak dapat bercakap, kerana setiap kali aku cuba bercakap, aku akan batuk. Aku risau. Aku ada tugasan penting hari Isnin yang perlu aku lakukan dan ini akan membukakan peluang baik untukku bagi tugasan-tugasan akan datang.

Tengahari tadi aku ke The Mall untuk membeli belah. Terlupa aku MATTA Fair sudah bermula. Parking di sana penuh. Aku kemudian terus ke SOGO mujur ada parking. Namun barangan yang aku mahu tidak terdapat di situ. Aku menaiki LRT untuk ke The Mall dan balik semula ke SOGO untuk mengambil keretaku. Selesai membeli belah, terus pulang ke rumah untuk masak. Aku sudah menjemput teman-teman berkhemah untuk makan malam di rumah. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Makanan juga cukup dan tidak berlebihan. Seronok juga sekali-kali berkumpul di rumah dengan mereka. Ternyata sudah lama mereka tidak menjejakkan kaki di rumahku kerana dek kesibukan aku dengan teman-teman lain.

Hari ini aku menyediakan Soto, Macaroni goreng, ayam goreng, pudding jagung dan kek cokelat. Hampir kesemua yang dijemput hadir kecuali Yusnor seorang. Gembira bila aku lihat makanan habis dan cuma tinggal sedikit lagi soto untuk aku nikmati esok hari... he he he...

Aku demam...uhuk! Uhuk! Uhuk!

Thursday, March 15, 2007

Demam?...

Hari ini, aku masuk kelas bodystep yang telah lama aku tinggalkan. Seronok juga bila dicampur adukkan dengan steps intermediate yang telah aku pelajari. Selesai kelas, aku teruskan dengan berlari dan mengayuh basikal tetapi hari ini terasa letih yang amat sangat. Aku terasa badan ku panas seperti hendak demam. Harap-harap esok aku sihat kerana aku ada casting yang perlu aku lalui esok. Minggu ini saja, aku sudah menjalani lima sessi casting namun satu pun belum lagi berhasil tetapi aku akan tetap berusaha.

Lusa, aku menjemput rakan-rakan berkhemah untuk makan malam di rumah ku. Sudah agak lama aku tinggalkan mereka kerana kesibukkan dengan teman-teman lain. Sekarang ini, aku punya waktu untuk diluangkan bersama mereka. Lagipun, tahun ini banyak aktiviti mendaki gunung yang akan aku sertai bersama mereka. Inilah masanya untuk membuat perbincangan dengan lebih lanjut disamping bertanya khabar sesama kami.

Wednesday, March 14, 2007

Haunted Spirit...

Aku baru saja lepas menonton 'Haunted Spirit' di KLCC tadi. Aku ditemani oleh Ajeem. Sememangnya aku suka dengan filem genre seram. Walaupun disarankan oleh Shi untuk menonton '300', namun aku tetap memilih 'Haunted Spirit'. Mungkin esok lusa aku akan cuba tonton '300'. Cerita kali ini sebenarnya memang menyeramkan tetapi jalan ceritanya agak kurang kemas. Permulaannya agak perlahan tetapi menjadi pantas di pertengahan cerita. Namun, yang paling menyakitkan hati adalah sekumpulan penonton yang kurang adap bila berada di dalam panggung. Sepanjang filem berlangsung, mereka bercakap sesama mereka dengan nada yang kuat.

Tengahari tadi aku keluar sebentar kerana aku dipanggil untuk casting iklan. Kebetulan kerja-kerja pejabat sudah aku bereskan dan boss pun tidak ada di pejabat, aku ambil kesempatan ini untuk ke Damansara Kim dan Pusat Bandar Damansara. Ada dua tempat aku perlu ujibakat. Aku cuma membuat apa yang termampu dan seterusnya menunggu panggilan dari mereka samada berjaya atau tidak.

Mukhsin...

Semalam, aku menonton Mukhsin bersama Ajeem selepas kelas intermediate steps. Seperti filem-filemnya Yasmin Ahmad yang lain, jalan ceritanya mudah tetapi menarik dan banyak realiti kehidupan yang dipaparkan secara halus. Berbanding Sepet, aku lebih menyukai Mukhsin. Selepas menonton Sepet, aku tidak teruja untuk menonton Gubra. Selesai menonton, kami makan malam di Nailis.

Dalam kelas Intermediate Steps, agak ramai juga muka baru yang hadir. NA kurang sihat dan tidak dapat ikut serta. Tiba-tiba aku terlihat kelibat CW yang masuk agak lewat. Samada aku tidak pernah menyedari kehadirannya di dalam kelas sebelum ini atau mungkin aku sememangnya tidak pernah ambil tahu. Pergerakan aku semakin baik dan beberapa langkah yang aku pelajari pada hari isnin dapat aku gunakan kali ini. Ternyata aku dapat melakukan sepenuhnya dari awal hingga selesai. Waktu berlalu begitu cepat tatkala aku sedang dalam keseronokan. Tak sabar untuk menunggu kelas minggu depan atau aku terus saja ke kelas Advance Jumaat ini.

Tuesday, March 13, 2007

Badut III...

Sekali lagi aku menjadi badut di dalam kelas Intermediate/Advance Steps semalam. Hanya aku seorang kerana yang lain mampu melakukannya dengan baik. Namun, rakan-rakan yang lain sering memberi perangsang dan ini menaikkan lagi semangat aku. Petang ini ada lagi Intermediate Steps, ini lebih mudah bagiku dan tak sabar rasanya untuk ke gym petang ini.

Tengahari semalam aku makan tengahari bersama Jess di Izzi Corner. Aku kebosanan di pejabat lalu mengajak Jess ke situ. Selesai makan terus ke Haagen Dazs untuk menikmati ais krim. Harap-harap tak bertambahlah berat badan aku.

Sunday, March 11, 2007

Impian Yang Nyata?...

Malam tadi memang gila. Aku tak pernah merasa begitu walaupun kadang-kadang perangai aku memang sukar diduga. Apatah lagi dikelilingi oleh teman-teman yang agak gila juga. Sam begitu gembira sekali menjadi penari latar kepada kami yang menyanyi. Aku, Sheera, Yus dan Meng terpaksa menyanyikan semua lagu yang dipilih oleh Sam dan teman wanita Meng memandangkan kedua-duanya tidak menyanyi.

Kami meraikan ulangtahun hari lahir Sam dengan mengadakan sessi karaoke bersama. Aku yang sudah batuk beberapa hari terpaksa menyanyikan lagu-lagu rock 80'an yang menjadi pilihan Sam (oopsss!!!). Walaupun bernada tinggi aku tetap cuba sedaya upaya untuk menyanyi. Mujur Yus ada untuk membantu. Memang diluar jangkaan. Yus tahu banyak lagu yang aku sendiri tidak. Malam ini juga aku melihat sisi Yus yang lebih ceria dan gila-gila. Selalunya dia kelihatan pendiam dan malu-malu. Sheera seperti biasa dengan vokal mantapnya memang membuat aku kadang-kadang mencemburui bakatnya. Meng?... Kami membiarkan dia menyanyikan lagu-lagu yang susah untuk dibawa kerana jika kami yang nyanyi, lagu itu tetap hancur... he he he.

Dan pagi ini...

Impian Jadi Kenyataan...

Saturday, March 10, 2007

Aku atau Dia?...

Aku baru saja mengambil tempat, tiba-tiba aku menjadi resah. Aku kah?... Tak pernah terjadi begini. Kemudian ia hilang dengan tiba-tiba seperti mana ia datang. Aku lega sebentar. Tiba-tiba ia datang lagi. Kali ini aku mencium ketiak ku. Tiada bau. Aku hairan dari mana datangnya bau itu. Lalu aku menjenguk ke kiri dan kanan, ternyata ada seorang berbangsa india sedang melakukan senaman tidak jauh dari aku. Aku cuba pastikan sekali lagi. Aku atau dia?...Ya, sah bau itu datang darinya. Aku tidak jadi untuk meneruskan senaman kerana bau itu amat meloyakan dan terus aku menuju ke ruang rehat. Terfikir sejenak, apakah mereka tidak dapat merasainya?...

Selesai gym, aku pulang setelah membeli sedikit keperluan dapur. Sememangnya aku tidak mempunyai apa-apa perancangan malam semalam kerana hari ini aku ada sedikit tugas perlu diselesaikan atas permintaan teman baik aku. Jadi aku perlukan rehat yang secukupnya.

Aku baru saja kembali dari tugasan tadi. Aku tidak mengharap cuma kadang-kala aku terasa puas bila dapat membantu teman-teman. Tunggu saja nanti keputusannya.

Thursday, March 08, 2007

Kalut...

Pengumuman rasmi telah dibuat petang semalam. Seluruh pejabat kecoh dengan berita ini. Walaupun sejak dari pagi lagi aku telah diberitahu oleh seseorang, aku hanya buat acuh tak acuh saja.

Agak memeranjat juga Pengarah Urusan syarikat tempat aku bekerja, meletakkan jawatan. Berbagai spekulasi timbul, berbagai teori diungkit.Namun, sudah sekian lama aku dengar mereka memang tidak pernah sebulu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif sememangnya tidak berfikiran seiring. Masing-masing mahu menegakkan fahaman mereka juga keegoan menutup segala pintu perbincangan.

Ketua Pegawai Eksekutif yang berbangsa asing itu akan mengambil alih segala tugas Pengarah Urusan berkuat-kuasa serta merta. Aku sendiri kurang faham dengan hala tuju syarikat ini. Khabar angin terbaru bertiup kencang, projek terbaru kami akan ditarik balik. Samada ditarikbalik atau tidak, kedua-duanya akan memberikan implikasi yang buruk. Namun, jika ditarikbalik itu adalah lebih baik.

Aku juga mendapat khabar, menjelang tahun 2009 semua kakitangan akan dipindahkan ke Johor. Nampaknya aku akan meninggalkan juga kota ini dan membawa segala kenangan pahit manis bersama...

Wednesday, March 07, 2007

Suka! Suka! Suka!...

Ya! Aku berjaya. Kali ini aku dapat melakukan semuanya dengan baik. Bukan saja dengan baik malah aku dapat melakukannya mengikut peringkat lain. Aku melihat seseorang yang biasa mengikuti kelas bodystep, terkial-kial mengikut rentak. Timbul sedikit perasaan riak di hati. Namun aku sedar masih banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Keseronokkan terasa apabila semua langkah-langkah dalam kelas step intermediate semalam dapat aku lakukan. NA tidak dapat hadir kerana ada perkara yang perlu diselesaikan. Semalam kelas agak penuh dan ditambah pula dengan sedikit renovasi yang dilakukan, studio terasa agak sempit. Ada beberapa orang yang baru pertama kali mengikuti kelas manakala yang lain muka-muka biasa. Aku pulang seusai kelas dan bertemu dengan Kast di ruang persalinan.

Aku membeli sedikit barang dapur sebelum terus pulang ke rumah. Pagi tadi aku menyediakan ayam goreng, macaroni goreng, puding jagung dan kek cokelat untuk dibawa ke pejabat. Sebetulnya, Isnin lepas kami mengadakan jamuan makan tapi disebabkan keletihan dari memanjat gunung hujung minggu lepas, aku langsung tidak membawa apa-apa juadah. Sebagai ganti, aku membawanya hari ini.

Tuesday, March 06, 2007

Badut II...

Aku cuba sedaya upaya, namun masih gagal. Ku lihat kiri dan kanan, semuanya sekata dan senada. Hanya aku yang masih terkial-kial. Aku seperti badut.

Semalam, buat kali keduanya aku mengikuti kelas intermediate/advance steps. Memandangkan Tahun Baru Cina sudah berlalu dengan penutupnya sabtu lepas, ramai yang hadir terutamanya orang-orang cina. Selain aku, Kak Nor dan seorang lagi, yang lain adalah cina. Tapi aku disangka cina juga oleh seseorang yang menegur aku minggu lalu. Dia menyarankan aku agar ke depan untuk memudahkan penglihatan dalam bahasa kantonis. Aku membalas dengan mengatakan aku malu dan tidak berganjak.

Seperti juga minggu lalu, aku masih lagi terkial-kial dengan beberapa langkah yang agak pantas. Namun, dengan perangsang dari beberapa ahli, aku yakin aku akan dapat melakukannya dalam beberapa bulan lagi.

Monday, March 05, 2007

Kata...

Aku menjadi gusar kerana mereka masih tidak turun untuk makan malam. Sebagai penyelaras, menjadi tanggungjawab aku memastikan setiap orang berada dalam keadaan baik dan selamat. Aku mengarahkan mizan untuk mengenjuk mereka sekali lagi. Namun hampa. Kak Ti menyusul kemudian, diikuti oleh Din. Namun tetap sama.

Makan malam diteruskan tanpa peserta-peserta wanita kerana peserta-peserta lelaki sudah lapar dan lama menunggu. Aku dengan berat hati meneruskan juga makan malam itu.

Sebenarnya, aku berada di puncak Gunung Datuk sabtu lepas. Ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi kelab sukan syarikat tempat aku bekerja. Seramai 3 orang dari pejabat di HQ manakala 10 orang dari pejabat di Johor. Aku juga mengajak 3 lagi sahabat yang berpengalaman untuk membantu mengendalikan aktiviti ini. Aku tidak mampu melakukannya berseorangan.

Bertolak dari Kuala Lumpur dan Johor masing-masing, kami bertemu di Tol Plaza Pedas-Linggi. Berehat untuk makan tengahari sebentar sebelum bersiap sedia di kaki gunung. Tepat Jam 2.14 petang, kami mula mendaki. Cuaca agak mendung pada kali ini dan hujan sedikit selepas satu jam kami mendaki. Peserta paling awal berjaya sampai ke puncak selepas 2 jam 30 minit. Diikuti dengan yang terakhir sekitar 3 jam.

Namun, walaupun diberitahu renjer bahawa hari ini di puncak tidak ada yang berkhemah, kami dapati kawasan perkhemahan sudah penuh. Aku pun berbincang dengan mereka untuk menginjak sedikit supaya kami dapat berkhemah sama. Mujur mereka memahami dan memang sudah begitu lumrah bagi yang biasa berkhemah, sentiasa membantu sesama walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Kami juga berkenalan dengan Din dan Atoi yang kebetulan hanya mendaki berdua. Akhirnya, kami berkhemah bersama dengan mereka dan juga makan bersama.

Cuaca di puncak memang baik. Redup dan sejuk. Seperti yang diharapkan, hujan tidak turun sepanjang kami berkhemah di puncak. Waktu makan malam terjadi sedikit pertelingkahan di kalangan peserta wanita akibat dari kata-kata yang hanya sekadar gurauan. Itu menjadi punca mereka dimahu ikut makan malam. Aku terpaksa biarkan saja. Selesai makan, kami naik ke puncak batu untuk menikmati pemandangan waktu malam. Bulan mengambang namun udara sejuk tanpa angin bertiup. Setelah lebih kurang sejam di sana, angin mula bertiup dan terasa dingin yang amat sangat. Kami pun turun semula ke khemah dan tidur sekitar jam 3 pagi.

Keesokkannya, waktu menyediakan sarapan, kumpulan wanita dari Johor mahu pulang lebih awal. Aku membiarkan saja. Mungkin mereka perlu bergerak lebih awal kerana perjalanan ke Johor lebih lama lagi berbanding kami yang tinggal di KL. Kami yang tinggal, meneruskan sarapan pagi dan kemudian turun ke punca mata air untuk mandi manda. Agak jauh dan curam tapi menyeronokkan. Ini adalah kali pertama aku ke situ walaupun ini adalah kali ke-3 aku mendaki Gunung Datuk. Nyaman sungguh.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari setelah berkemas, kami pun turun dan tiba di kaki gunung sejam kemudian. Setelah membersihkan diri, kami pun bertolak pulang dan singgah untuk makan di warung cendol terkenal di Rembau. Aku tiba di rumah sekitar jam 6 petang. Aku keletihan yang amat sangat.

Saturday, March 03, 2007

Makan Malam...

Malam tadi, aku makan malam bersama Ezz, Sheera, Yus dan Ajeem. Kebetulan juga semalam adalah ulangtahun hari lahir Ajeem. Yang keberapa?... Biarlah rahsia. Aku membawa mereka ke warung makanan laut yang terletak di Bukit Bintang. Ketam masak daun kari, udang mentega, lala sup, koey teow goreng, nasi goreng, wantan goreng dan sotong kangkung menjadi menu kami. Walaupun agak banyak namun habis juga dimakan. Aku agak puas hati juga dengan hidangan kali ini. Aku pasti mereka semua juga. Manakan tidak, Ezz makan ketam sehingga penuh kedua dua belah tangannya.

Aku terpaksa pulang awal kerana ada temu janji untuk menguruskan aktiviti mendaki gunung hari ini. Ezz, Sheera dan Yus terus berlegar di Bukit Bintang tatkala aku dan Ajeem beransur pulang.

Friday, March 02, 2007

Gunung Datuk...

Esok, sekali lagi aku akan mendaki Gunung Datuk. Ini merupakan kali ketiga buat diriku. Sebenarnya ini ada salah satu tanggungjawab terhadap kelab sukan yang perlu aku galas. Walaupun terasa seperti malas, aku perlu jalankan juga tanggungjawab ini.

Sepanjang minggu ini aku agak sibuk dengan tugas di pejabat selain menguruskan aktiviti mendaki ini. Agak gementar juga kerana ini adalah pertama kali aku mengatur ekspidisi mendaki untuk teman-teman sepejabat. Risau dengan reaksi mereka. Aku berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Thursday, March 01, 2007

Maaf...

Tak terlintas akan begini
Ku harap tenang namun kusut jua
Hati tak pernah membenci
Hanya tak mampu berdepan memandang
Kemesraan bersamanya
Cuba mengerti fahami
Indah yang sementara masih dihati

Tuesday, February 27, 2007

Badut...

Aku bagaikan badut semalam. Jika sebelum ini, ada badut-badut lain tapi kali ini aku bersendirian. Namun, aku takkan mengaku kalah. Aku pasti akan usaha dengan lebih gigih. Aku akan belajar dan berlatih dengan tekun lagi. Pasti...

Semalam, buat pertamakalinya aku mengikuti kelas Steps Intermediate/Advance. Aku sepatutnya masuk ke kelas ini 2 minggu lalu tetapi aku kurang yakin dengan kemampuan aku. Atas dorongan Kak Nor, aku cuba juga. Dan ternyata, aku kelihatan seperti badut. Banyak pergerakan yang aku gagal lakukan tapi Kak Nor tetap memberi perangsang. Aku akan cuba lagi minggu depan... aku tak akan menyerah. Ada kalanya, kita pasrah tapi ada kalanya kita harus gagahi juga. Aku yakin aku akan teruskan juga...

Selesai mandi, aku bertembung dengan salah seorang peserta kelas tadi yang agak mahir. Dia bertanyakan samada aku akan datang lagi minggu depan. Mungkin aku boleh belajar dari dia. Tak sabar aku menunggu minggu depan...

Monday, February 26, 2007

Kak Ti Belanja Makan...

Semalam aku dan NA berkaraoke seperti biasa. NA diminta oleh rakan sepejabatnya untuk menyanyi di majlis makan malam tahunannya hujung minggu ini. Namun dia masih tidak tahu lagu apa yang sesuai dengan nada suaranya. Fauzee tiba lebih 2 jam lewat. Aku rasakan vocal aku bertambah baik dengan latihan-latihan yang aku buat. Mungkin aku perlu belajar teknik-teknik menyanyi dengan baik dari Linda. Fauzee juga sudah boleh melakukan 'falsetto' dengan baik sekarang ini walaupun pada awal dulu, dia tidak mampu.

Rancangan untuk menonton wayang dengan Ajeem dibatalkan pada saat akhir, kerana tidak ada waktu yang sesuai. Aku terus ke gym dan bertemu Eddy di sana.

Selesai gym aku terus pulang dan bersiap untuk berjumpa dengan Nizam dan Kak Ti untuk mengambil barang-barang perkhemahan untuk aktiviti kelab sukan hujung minggu ini. Mujur tidak susah untuk mencari rumah Kak Ti. Aku dibawa ke restoran makanan siam (tak ingat namanya) di kawasan gombak. Makanannya biasa-biasa saja. Yang penting, untuk pertamakalinya, Kak Ti belanja kami makan...

Sunday, February 25, 2007

Cemas...

Aku membacanya beberapakali, aku cemas. Hatiku berdetak-detik kencang. Lalu aku membacanya sekali lagi. Benarkah apa yang aku baca, aku pasrah...

Ternyata betul. Aku membaca sekali lagi satu persatu dan aku periksa dengan teliti. Ya, memang betul. Dan aku sudah dapatkan semua bahan-bahannya awal siang tadi. Maklum la, ini kali pertama aku akan memasak daging kicap lada hitam. Dan tetamu jemputan pula dikenali sebagai pengkritik hebat juga... he he he

Malam tadi, aku dan Ajeem menjemput Shi, Yus, Eddy, Zam, dan Fadz untuk makan malam di rumahku. Idea ini timbul apabila Ajeem mengatakan ada seekor ikan siakap lebihan dari jamuan makan malam di rumahnya yang masih berada dalam peti sejuk. Dia mahu aku memasaknya, aku pun setuju dan mengajak Shi, Yus dan Eddy. Dari seekor ikan, melarat pula ke daging dan sayur. Dari tiga orang, melarat ke tujuh orang termasuk aku. Panggilan dari Zam tengahari tadi mengajak aku makan malam, tapi aku mengajaknya ke rumah bersama temannya, Fazd.

Sejujurnya, aku memang tidak pandai masak tetapi aku suka mencuba. Buat pertamakalinya, aku menyediakan daging masak kicap lada hitam. Aku meminta resipi dari ibuku. Kemudian, Ajeem membeli seekor lagi ikan siakap untuk distim. Kami juga menyediakan Pak Choy bersos tiram. Ikan siakap yang asal itu, aku goreng dan dibuat ikan masam manis. Ternyata percubaan aku menjadi. Ajeem menyediakan ikan stim dan hasilnya agak baik. Tetapi agak cemas juga kami dengan penerimaan tetamu. Alhamdulillah, lauk habis. Sebenarnya, nasi yang di masak tidak mencukupi... he he he.. sudahnya aku tidak menjamah pun. Tapi aku rasa seronok.

Tengahari sabtu, aku merancang berkaraoke dengan seorang teman tetapi sudah penuh. Aku teruskan dengan mengemas rumah. Selesai kerja-kerja itu, aku membuat kek cokelat yang telah aku beli bahan-bahannya dan juga jeli sebagai pencuci mulut untuk makan malam nanti.

Selesai makan, kami duduk menonton TV dan berborak. Zam yang pada mulanya berasa agak segan dengan teman-temanku, juga sudah berasa lebih selesa. Namun mereka harus pulang awal. Kami terus berborak sehingga lewat malam sambil menjamu dengan buah-buahan dan ais krim.

Friday, February 23, 2007

Hairan...

Semalam, seperti biasa aku ke gym setelah selesai kerja. Singgah sebentar untuk membeli baju tak berlengan di BUM, Klcc. Terus aku ke gym dan melakukan senaman biasa yang aku lakukan. Aku lebih banyak membuat senaman cardio berbanding weights memandangkan aku akan mendaki Gunung Datuk hujung minggu depan. NA juga ada di sana dan aku berjumpa dengannya setelah selesai kelas bodystepnya.

Selesai gym, kami makan di California Pizza Kitchen. Kami memesan pizza dan salad. Ternyata salad kali ini lebih menarik berbanding salad Chilies minggu lalu. NA mengajak aku menghadiri makan malam tahunan syarikat tempatnya berkerja. Tapi tarikhnya bertembung dengan aktiviti mendaki gunung aku minggu depan. Mujur teman lelakinya menawarkan diri untuk menemankannya... he he he. Aku hairan kenapa NA tidak mahu mengajak teman lelakinya bersama...

Wednesday, February 21, 2007

Krisis?...

Pagi semalam aku ke gym. Setelah 3 hari tidak bersenam, aku terasa seperti berat badan. Seawal jam 11 pagi aku sudah berada di sana. Tidak ramai yang datang mungkin kerana masih bercuti. Ketika aku masuk ke bilik persalinan, aku terjumpa Shihan dan berborak sebentar. Ada beberapa soalan yang diajukan pada aku. Dan aku menjawabnya sambil lewa. Katanya, 'apa-apa call Shihan, ok?'... he he he. Terimasih Shihan...

Aku lihat pada jadual kelas, ternyata ada bodystep petang ini dan aku seperti teringin untuk masuk tapi terasa berat hati. Aku pun batalkan niat itu dan terus ke bilik mandi setelah selesai dengan senaman aku. Dalam aku menuju ke situ, bertembung dengan Shihan sekali lagi. Dia memanggil aku kearahnya lalu bertanya 'ada krisis ke?'. Aku hanya tergelak dan terus berlalu...

Aku terus ke Jalan Masjid India untuk menggunting rambut. Selesai, aku pun pulang kerumah dan Ariff tiba tidak lama kemudian. Agak lama tak bersua dengan dia. Fauzee ajak untuk berkaraoke di Sogo. Aku pun setuju memandangkan sudah beberapa kali dia mengajak. Linda dan seorang temannya pun ada. Lewat malam, Ajeem datang untuk mengambil barangnya dan makan bersama-sama aku. Aku menggoreng kepak ayam saja. Kami makan sambil borak-borak kosong.

Bercuti di PD...

Aku terjaga dari tidurku kerana alat penggera dari sebuah kereta berbunyi diawal pagi. Lalu aku bangun dan terus ke pc untuk menulis.

Tahun baru cina baru saja masuk hari keempat. Aku tidak pulang ke kampung untuk meraikan bersama keluarga pada tahun ini. Aku tidak pasti kenapa hatiku berat untuk pulang. Lantas aku dan beberapa orang teman, membuat rancangan untuk berkhemah di PD. Pada asalnya hanya aku, Edi dan Ajeem saja yang akan ke sana tetapi Shi dan Yus juga tidak mempunyai rancangan, jadi aku ajak mereka sekali dan mereka setuju.

Edi dan Ajeem tidur di rumahku pada hari sabtu malam supaya mudah untuk bergerak awal. Pagi ahad itu, setelah bersiap, aku terus ke rumah Shi untuk mengambilnya dengan Yus sekali. Tiba di sana, kami dijamu dengan teh-o dan jemput-jemput pisang. Sedap tapi sikit aje, segan nak makan lebih-lebih... he he he. Sempat berbual dengan ibu Shi dan banyak cerita yang kami dengar darinya.

Perjalanan ke Port Dickson melalui lebuhraya agak sesak ketika melalui seremban dan juga jalan baru ke sana. Namun, kami tiba sekitar jam 1 tengahari dan terus mendaftar masuk. Khemah didirikan dan Shi terus memasak nasi untuk hidangan makan tengahari. Shi telah menyediakan lauk 'ayam bersos' dan sayur kacang buncis goreng dari rumah. Edi terus menggoreng telur. Makan tengahari agak ringkas tetapi mengenyangkan. Selesai makan, kami berehat dan tidur. Aku menyediakan minum petang dengan menu cucur udang. Petangnya, kami berjalan-jalan ke pantai dan melihat persekitaran resort tersebut. Teman-teman Shi dan Yus juga kebetulan berada di situ dan menyewa salah sebuah chalet di situ. Kami mengambil kesempatan untuk meninjau ke tempat mereka.

Waktu malam tiba, kami pun bersedia untuk BBQ. Jenuh juga untuk menghidupkan bara api namun akhirnya, berjaya juga. Hanya ayam dan daging kambing saja yang dipanggang. Walaupun ringkas tapi tetap mengenyangkan. Selepas mandi, kami dapat ada karaoke terbuka rupanya. Aku dan Shi yang 'kaki' karaoke ini memang tidak melepaskan peluang lansung. Banyak juga lagu yang kami nyanyikan secara solo dan duet. Bagus juga persembahan kami malam itu... he he he

Kami tidur sekitar jam 1 pagi. Masing-masing keletihan. Aku tidur satu khemah bersama dengan Ajeem, Yus dengan Shi manakala Edi bersendirian.

Esok pagi, hujan renyai sedikit. Mujur tidak lebat. Aku bangun dan menyiapkan sarapan. Seperti biasa, menu aku ialah sandwic tuna dan corned beef. Selesai sarapan, kami terus ke kolam renang dan berehat di dalam jacuzzi. Aku dan Edi sempat juga berenang di kolam utama. Kemudian kami menuju ke kawasan permainan dan mencuba Go-kart, Memanah dan Paintball Target Shoot. Masih teringat ketika di Genting tahun lalu, Shi tidak dapat mencuba Go-Kart kerana tidak menepati had ketinggian tetapi kali ini had di sini lebih rendah. Jadi kami berempat kecuali Ajeem, terus berlumba di litar itu. Memanah juga agak meletihkan terutama bahagian lengan tangan. Akhirnya, aku dan Shi mencuba target shooting dengan paintball kerana tidak cukup ahli untuk bermain 'perang'. Sekurang-kurangnya diperlukan 6 orang, kami cuma berlima. Mungkin dilain waktu...

Kami keluar dari Eagle's Ranch Resort sekitar jam 6 petang dan terus menuju Umbai untuk menikmati makanan laut di situ. Setelah beberapa kali tersesat jalan, akhirnya kami tiba sekitar jam 9 malam. Terlalu ramai orang di situ. Mujur kami mendapat tempat parking kereta dengan mudah. Juga mendapat tempat duduk tetapi mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan. Shi dan Yus memesan makanan. Udang, Ketam, Ikan dan kupang antara menu yang dipesan. Menyelerakan. Selesai makan, terus pulang ke KL. Aku mengantuk. Ajeem menggantikan aku untuk memandu sehingga kesemua teman-teman sudah dihantar ke rumah masing-masing.

Aku keletihan. Tiba di rumah lebih kurang jam 1 pagi, aku terus mandi dan tidur.

Friday, February 16, 2007

Tidak Sabar...

Esok akan bermulanya cuti panjang. Tak sabar rasanya hendak merehatkan diri. Perancangan sudah diatur, hanya tinggal untuk mendapatkan peralatan dan barangan perkhemahan saja. Oh! Ya, aku sudah mengaturkan untuk berkhemah di Port Dickson memandangkan Shi, Yus dan rakan-rakan bukan jenis lasak sangat, memadai di Eagle's Ranch Resort sajalah. Di sini terdapat berbagai kemudahan termasuk permainan, riadah dan pantai juga tidak jauh dari tempat kami berkhemah.

Kebelakangan ini aku semakin kemaruk untuk ke gym. Hanya dua yang aku suka lakukan ketika ini. Intermediate steps dan membina badan. Semalam aku ke gym seperti biasa dan beberapa teman mengajak untuk masuk kelas bodysteps namun aku menolak. NA pun sudah 'menempah' sebuah board untuk aku. Seperti biasa aku akan berlari sejauh lima kilometer sebelum aku melakukan latihan yang seterusnya. Tapi semalam aku mengayuh basikal selama dua puluh minit dan kakiku hampir kejang. Selesai gym aku, NA dan Shidee terus ke Chilies untuk makan malam. Masih ramai yang menunggu giliran seperti semalam. Hampir setengah jam menunggu, kami mendapat tempat. Cadangnya hendak makan yang ringan-ringan saja, sudahnya tak terhabis makanan yang dipesan.

Hari ini akan ada jamuan sempena tahun baru cina, hari asyura dan sambutan harilahir di pejabat. Aku menjadi penyelaras bagi pihak kelab sukan, walaupun aku bukan salah seorang ahli jawatankuasa, namun aku tetap menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Aku menyiap 'trifle' dan kek batek. Macam tak jadi aje.. he he he

Esok aku akan menemankan Ajeem untuk membeli pakaian untuk hari konvonya nanti. Selain itu aku perlu membeli barangan untuk berkhemah. Tak sabar rasanya untuk bersantai, bbq dan paling dinantikan hidangan yang bakal shi masak untuk kami nanti.

Thursday, February 15, 2007

Aku Bingung...

Aku kebingungan, terus membuatkan aku pening kepala sejenak. Tak pernah aku lakukan perkara yang sebegini. Namun aku perlu juga untuk menguasainya. Tekad aku sentiasa kuat. Jangan mudah putus asa...

He he he.. sebenarnya semalam aku ke gym untuk mengikuti kelas intermediate steps. Nic digantikan oleh Kak Nor dan semalam hanya ada tujuh orang saja termasuk aku dan NA. Seronok. Walaupun gerakan yang diajar Kak Nor itu banyak yang berpusing, aku masih mampu untuk mengikutinya. Kerana banyak berpusing, aku bingung dan pening sekejap. NA ternyata tidak dapat mengikuti langkah-langkah yang diajar kerana sememangnya dia sudah pening sebelum masuk ke kelas. Akhirnya dia bertambah pening, sehinggakan gerakan "around the world" yang disukainya juga terbabas.

Semalam ada yang mahu berkenalan dengan aku. Ternyata pintu hati aku sudah tertutup buat masa ini. Tunggulah tiga tahun lagi, itu pun kalau aku masih ada perasaan... Aku tak mahu permainkan perasaan orang dengan kata-kata cinta yang murahan tapi tidak bermakna...kosong.

Wednesday, February 14, 2007

Cinta...

Semalam aku ke gym lagi mengikuti kelas Intermediate Steps yang aku suka. Aku berjumpa Kak Nor sebelum itu, sangkanya aku akan mengikuti kelas di SPK pada hari Isnin tapi aku tidak kesana. Kali ini aku sudah mula biasa dengan gerak langkah yang diajar. Aku dapat ikut dari awal hingga akhir. Petang ini, Kak Nor akan mengambil kelas gantian dan aku diajaknya hadir sama.

Selesai kelas aku terus pulang kerana ada jamuan makan malam di rumah Ajeem. Amin meraikan teman-teman yang sudah lama tidak berjumpa kerana melanjut pelajaran di London sekaligus sebagai jamuan perpisahan kerana dia akan memulakan tugas di Dubai, Sabtu ini. Makanan yang dihidangkan ringkas tetapi menarik. Lebih kepada gaya fusion, tetamu dijamu dengan sup labu sebagai pembuka selera. Diikuti dengan ikan siakap stim bersos ala asam pedas berserta kerabu mangga dan nasi. Diakhiri dengan pencuci mulut, aiskrim perisa kopi. Ternyata suasana meriah dengan gelak ketawa dan kerenah tetamu.

Tahun baru cina akan menjelang tak lama lagi. Seringnya aku balik ke kampung untuk meraikan bersama keluarga tapi kali ini aku mengambil keputusan untuk berada di KL saja. Niat hendak ke Genting Highland aku batalkan apabila memikirkan situasi sesak di atas sana. Eddy mencadangkan picnic di Hutan Lipur Lentang, Karak. Aku pun setuju lalu mengajak Ajeem dan Shi. Ternyata mereka juga teruja. Terlintas pula untuk berkhemah semalam di sana dan aku ajukan cadangan ini pada mereka semua. Shi agak keberatan kerana terdapat berbagai cerita kurang enak di Hutan Melintang itu. Aku juga pernah mendengarnya. Lalu Yus mencadangkan untuk ke Sungai Gabai. Cadangan ini diterima ramai. Aku tidak sabar menantikan hari Ahad ini...

Hari ini, Hari Kasih Sayang... walaupun kadangkala aku kelihatan kaku, hati sekeras batu, aku tetap mempunyai perasaan. Perasaan kasih, sayang, cinta...Pada kalian yang mengenali diri ini, walaupun siapa pun kamu, walau jauh di mata, kamu semua tetap dekat di hati.
Aiman sayang semua.

Monday, February 12, 2007

Dah Tukar...

Baru saja balik dari Aussino, IKANO. Dapat dah sarung bantal yang tak disertakan dalam bungkusan yang aku beli semalam. Yeay... boleh tukar sarung tilam dan bantal baru malam ni.

Tadi aku kesana dengan Ajeem. Singgah sekejap di IKEA untuk membeli barangnya dan makan tengahari di Damansara Kim. Seronok boss tak de hari ni... he he he

Relaks...

Hari-hariku dipenuhi dengan beriadah di gym. Hari sabtu, aku ke gym dahulu sebelum berkaraoke dengan rakan-rakan sepejabat. Ramai yang datang hari itu. Mujur mereka datang lambat sedikit, puas aku menyanyi dahulu. Walaupun ramai tetap menyeronokkan. Terserlah bakat masing-masing. Aku dapat perhatikan mana diantara mereka yang benar-benar berbakat untuk diketengahkan waktu annual dinner nanti. Aku pulang ke rumah setelah selesai berkaraoke. Tidak ada yang aku buat kecuali mengemas rumah yang dah lama terbiar... he he he...

Hari ahad, aku berkaraoke lagi, kali ini dengan NA. Memandangkan hanya kami berdua, aku mengajak Amir untuk turut serta. Mujur Amir lapang pada waktu itu dan kebetulan sudah agak lama aku tidak berkaraoke dengannya. Hari ini, memang puas menyanyi. Walaupun NA yang beria mahu berlatih untuk persembahan annual dinnernya nanti, tetapi dia tak banyak menyanyi. Akhirnya aku dan Amir yang menyanyi hingga hampir hilang suara. Banyak lagu-lagu bernada tinggi dan rock kapak yang popular sekitar tahun 80'an kami nyanyikan... he he he...

Aku ke Ikea selepas karaoke dan NA juga turut serta. Aku ingin membeli cadar baru namun NA menyarankan aku membelinya di Aussino. Kami terus ke sana dan aku mendapat apa yang aku mahukan. Niat untuk minum di Uncle Lim bertukar dengan makan malam di Sakae Sushi. Selesai makan malam aku pun pulang, dengan rasa tak sabarnya ingin menukar cadar baru tetapi kecewa kerana set yang aku beli itu tidak disertakan sarung bantal walaupun sudah tertera di luar bungkusan itu. Aku harus menukarnya hari ni...

Ternyata hujung minggu ini agak relaks bagi ku kerana semua kerja rumah sudah siap termasuk menggosok baju kerja. Aku tidak terkejar-kejar... relaks saja...

Sementara itu, aku telah meng'upload'kan satu list lagu yang bermakna buat aku masa ini...dengarkanlah...

Thursday, February 08, 2007

GamarJobat...

Pelawaan seorang rakan sekerja untuk menyaksikan 'Gamarjobat' beraksi di Actor Studio pada mulanya ku tolak. Aku sudah membuat temujanji untuk malam bersama Jess. Namun, pada saat akhir aku mengajak Jess untuk menonton bersama kerana ada dua lagi tiket percuma sebenarnya. Ternyata itu langkah yang paling bijak aku buat... ha ha ha...

Tak dapat aku gambarkan persembahan yang diberikan oleh duo Gamarjobat ini. Memang menghiburkan, menggelikan hati, menakjubkan. Bukan itu saja, ia juga satu persembahan yang interaktif. Penonton di baris hadapan harus bersedia kerana bila-bila saja mungkin diajak naik ke pentas.

Malam ini, penonton terdiri dari pelanggan corporate HSBC yang dijemput khas dan ternyata kalangan penonton agak 'sporting' apabila diajak naik ke pentas. Tak kering gusi dari awal sehingga akhir persembahan. Pada sesiapa yang berkemampuan, aku galakan untuk tonton persembahan ini. Tak merugikan... apalagi bila ianya percuma untuk aku...

Tiba di BSC, aku dan Jess ke Chilis untuk makan malam dahulu. Pada mulanya, kami rancang untuk makan di Chilis KLCC tetapi menukar plan apabila aku mendapat jemputan ke Actor Studio itu.

Pandangan Kosong?...

Semalam aku menonton wayang sekali lagi. Kali ini genre yang aku suka. Cerita hantu dari Thailand berjudul "Unseeable". Ternyata jalan ceritanya lain dari yang pernah aku lihat sebelum ini. Menariknya tentang filem ini, semua watak dalam cerita ini adalah hantu. Cuma mereka tidak sedar mereka sudah mati kerana mereka masih lagi mengharapkan keadaan akan kembali kepada asal. Nual masih mengharapkan suaminya akan kembali kepadanya. Suaminya, Chob juga mengharapkan dapat bertemu Nual dan berusaha untuk memberitahu Nual bahawa dia mati dibunuh. Chob sebenarnya dibunuh oleh isteri pertamanya tatkala dia meminta untuk bercerai dan mahu tinggal bersama Nual. Tidak ada sesiapa yang mengetahui tentang kematian Chob kecuali ketua pembantu rumah. Namun, dia juga mati ketika terjatuh dari tangga selepas menyaksikan Chob dibunuh oleh isteri pertamanya. Mayatnya disimpan di stor. Eh! Panjang pulak cerita... Namun, Nual yang gagal mencari suaminya telah membunuh diri dengan menggantung dirinya. Mmm... lebih menarik kalau tonton wayangnya dari mendengar cerita aku.

Seperti biasa sebelum itu aku ke gym. Melakukan senaman lazim yang aku lakukan. Setelah itu aku ke foodcourt untuk makan malam dan terserempak dengan NA bersama buah hatinya, mungkin...he he he.

Di pejabat, tidak banyak yang aku lakukan kerana sekarang ini memang kurang kerja. Masa aku dihabiskan dengan membuat kertas kerja untuk aktiviti kelab sukan yang akan datang. Buat masa ini, aku merancang untuk mendaki gunung datuk di rembau, negeri sembilan awal bulan mac. Kemudian diikuti dengan mendaki gunung ledang di bulan april. Aku bukannya ahli jawatankuasa kelab sukan yang dipilih namun aku berasa selesa untuk membuat kerja-kerja yang sudah biasa aku lakukan. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi memikirkan masalah yang remeh temeh. Aku tidak lagi menoleh ke belakang dengan kesedihan, hanya pandangan kosong...

Wednesday, February 07, 2007

Kenapa?...

Jam 4 pagi, aku terjaga dari tidur. Terasa panas badan dan tidak dapat tidur dengan lena walaupun penghawa dingin sudah terpasang sejak awal lagi. Teringat malam tadi aku makan kebab campur. Ada daging kambing. Mungkin itu punca aku terasa panas badan. Kebiasaanya yang berlaku apabila aku makan daging kambing. Terasa rahang aku membengkak dan sukar untuk membuka mulut. Lalu aku bangun dan menulis di sini sambil menahan kesakitan. Ada juga perkara yang membuatku tidak lelap sejak malam tadi. Biarlah ...

Petang semalam aku ke gym mengikuti kelas intermediate steps. Terasa seronok sangat. Kali ini setiap orang akan berpusing sekitar 3 board yang di kongsi dengan orang lain. Aku tiba sejurus sebelum kelas bermula. Sebenarnya aku tertinggal beg gym yang sudah aku sediakan awal namun waktu aku ke pejabat, aku terlupa mengambilnya dan aku terpaksa pulang ke rumah dahulu sebelum ke gym. Sewaktu hampir tiba di gym, jalan sesak. Mujur aku tiba tepat pada waktunya. NA pun tiba pada waktu yang sama. Aku mengambil tempat di baris belakang, tapi Kak Nor mendesak aku ke baris hadapan. Akhirnya aku setuju untuk berada di baris kedua. Ternyata kelas kali ini lebih menarik dan berada di kedudukan hadapan sebenarnya lebih mudah untuk megikuti setiap langkah. Selesai kelas, aku duduk berborak dengan NA dan Kak Nor. Tak jemu-jemu dia memberi perangsang kepada kami. Mungkin aku akan ke Wisma SPK untuk kelas Intermediate/Advance Steps setiap Isnin.

Selesai gym, aku terus ke surau dan kemudian makan di foodcourt. Di sinilah aku memesan kebab yang bercampur daging kambing itu. Sedang aku makan, terdetik dalam hati untuk menonton wayang. Aku terus membeli tiket dan menonton cerita 'Blood and Chocolate'. Filem mengisahkan percintaan serigala jadian dengan manusia. Agak lembab diawal cerita tetapi semakin rancak menuju penghujungnya.

Sudah hampir jam 5 pagi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ternyata ada sesuatu yang menghambat fikiranku sejak aku pulang dari menonton filem. Persoalan demi persoalan timbul dan aku cuba untuk tidak mengendahkannya. Tapi aku tak berdaya ... aku sememangnya sensitif. Sensitif dengan persekitaran, sensitif terhadap perasaan aku, sensitif terhadap perasaan orang lain. Dan jalan terbaik adalah berdiam diri ... Aku tidak pasti apa niatnya dan aku bingung memikirkan ... Kenapa? ...

Sunday, February 04, 2007

Tapi.. di mana ya...

Semalam aku ke gym awal pagi. Seperti selalunya, aku melakukan senaman cardio dan weights sedikit. Waktu aku bersiap untuk pulang, aku terlihat seseorang yang pernah berkerja dengan aku, mungkin lebih lima atau enam tahun lalu. Aku lupa namanya dan aku hanya mendiamkan diri. Dia sedang berbual dengan anaknya. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Rupanya dia masih ingat padaku. Setelah berbual sejenak, aku minta diri untuk pulang.

Keluar dari gym aku terus ke KLCC, untuk membeli belah. Sekali lagi, aku terserempak dengan seorang mat salleh yang pernah bekerja sama dengan ku 3 tahun lepas. Itu pun kebetulan dia memandang ke belakang dan terlihat aku, dan aku pun terlihat dia. Dia seolah-olah cuba mengingati di mana pernah berjumpa dengan aku. Lalu aku pun menyebut nama syarikat yang kami pernah bekerja. Dan tiba-tiba dia ingatannya kembali pada waktu kami bekerja di pantai timur dulu.

Dari situ aku terus ke BSC kerana ada janji temu dengan Shi untuk berkaraoke. Shi datang sejam lewat disebabkan kesesakan lalu lintas. Puas aku menyanyi sendirian sementara menunggu Shi tiba. Yus pun tiba lewat. Tapi aku berpuas hati dengan persembahan kali ini... he he.. Manakan tidak?... Shi memilih beberapa lagu duet yang tak pernah aku nyanyikan.

Lewat petang, kami menonton filem 'Holiday' bersama Is. Lama tak bertemu dengan Is. Ternyata Is kelihatan kurus sekarang ini. Cerita 'holiday' ni memang kelakar. Selesai menonton, kami pulang mungkin kerana masing-masing masih berdiet. Semuanya tak mahu makan... he he he...

Tengahari tadi aku ke gym lagi. Aku membuat senaman yang lazim aku buat. Sempat berbual dengan Vivian. Selesai gym aku ke klcc. Niat hati nak shopping tapi tak sempat pun. Aku keletihan. Terus aku pulang. Hari ini aku memakai baju baru dan seluar dalam baru. Hari ini feng shui baik,kata jess. Aku ikutkan saja...

Saturday, February 03, 2007

Aku Bukan Patung...

Aku bukan umpama patung yang tiada perasaan. Aku juga bukan pelakon, sepertinya hati ini tidak terkesan. Aku hanya insan biasa yang tidak upaya menahan...

Ku tak upaya...

kiranya kau tahu
apa yang tersimpan di hati
hanya tuhan yang mengerti
betapaku kecewa

air mata ini adalah luahan duka
tidak pernah kau mengesatnya
sekalipun tangisan darah

aku tak upaya, ku tak berupaya
meraih cintamu
biarpun kuserah segalanya

aku tak upaya, ku tak berupaya
biar apapun yang kan terjadi
menantimu... selamanya...

aku tak upaya, ku tak berupaya
hanya tuhan saja yang menduga
aku redha... tak berdaya...

Friday, February 02, 2007

2 hb Februari...

Aku baru saja pulang dari gym. Hari ini seperti biasa aku melakukan senaman cardio dan sedikit weights training. Tiba-tiba aku teringat hari ini 2 hb Februari...

Selesai gym, aku terus ke Isetan untuk membeli sehelai dua t-shirts. Jess mengingatkan aku untuk membeli baju baru kerana ada feng shui yang perlu diikuti... he he. Aku bukan percaya sangat tapi ada alasan untuk membeli baju baru...Tapi aku ternampak beberapa helai baju kerja seeds yang belum aku miliki... he he he... esok la. Aku pun terlupa bawa kad ahli.

Sekarang aku cuma duduk merehatkan diri sambil mendengar lagu kegemaran ku sekarang ini 'Ku tak upaya' nyanyian Karen. Musykil juga aku dengan penyanyi yang tak dikenali ini. Suaranya boleh tahan dan aku rasa mampu menggugat penyanyi yang sedia ada sekarang.

Wednesday, January 31, 2007

Selesai...

Akhirnya, selesai juga kursus yang aku ikuti selama tiga hari ini. Tiada yang dapat aku katakan, hanyalah 'letih'. Aku sememangnya kepenatan dan mengharapkan esok aku dapat berehat secukupnya. Kebetulan esok cuti hari wilayah, aku harap dapat berehat dan tenangkan fikiran sepanjang hari.

Kursus yang aku ikuti tadi aku rasakan tidak memberi manfaat yang banyak kerana sememangnya aku sudah berada ditahap itu. Aku mahu tahap yang lebih tinggi namun aku teruskan juga dan menganggap ia sebagai satu ulang kaji.

Dari segi lain, banyak yang telah berlaku sepanjang minggu ini. Ada yang manis, ada yang pahit, baik buruk... semuanya aku terima. Temuduga yang aku pergi, aku berjaya namun ganjarannya tidak memadai dan aku terpaksa menolak. Insya'allah, masih ada peluang lain yang lebih baik untukku.

Kursus...

Pulang saja dari Melaka, aku perlu menghadiri kursus kerjaya selama 3 hari bertempat di Grand Seasons Avenue. Tak jauh dari rumahku. Hari pertama agak membosan dengan kehadiran orang-orang yang tidak pernah mengikuti atau menggunakan perisian komputer ini sedangkan ini adalah kursus advance. Pensyarah terpaksa membuat sedikit ulangkaji atau pengenalan kepada mereka. Dari 10 peserta, ternyata hanya 6 orang yang muncul dan seorang lagi menghilangkan diri setelah selesai sesi pagi.

Hari kedua dengan hanya 5 orang, kursus berjalan dengan lebih lancar walaupun salah seorang peserta wanita memang tidak tahu menahu langsung malah tidak pernah mendengar jenama perisian komputer yang digunakan. Tapi kami saling bantu membantu. Ternyata peserta yang lain datang dari latar belakang yang agak sama kecuali aku dari minyak dan gas.

Dari pengamatan aku, kursus ini mudah bagiku sebab aku sudah menggunakan segala fungsi yang ada dalam perisian ini. Aku menjangkakan kursus ini akan diajar dengan perisian yang terbaru. Namun begitu, sijil yang akan aku terima mengiktiraf kebolehan aku secara rasmi.

Hari ini adalah hari terakhir. Aku berharap kursus akan bertambah seronok dan tidak mengantuk seperti semalam.

Isnin dan semalam aku sempat ke gym. Aku melakukan senaman kardio dan weights seperti biasa. Namun semalam, aku mengikuti kelas intermediate steps. Sudah lama aku tinggalkan kelas steps atau bodysteps. Ternyata menyeronokkan walaupun terkial-kial dengan beberapa langkah yang baru. Namun dengan sokong dari Kak Nor, aku harap akan dapat melakukan dengan lebih baik lagi untuk kelas yang akan datang.

Aku tidak sabar menantikan hari Khamis ini memandangkan hari cuti umum bagi KL. Aku terlalu letih dan aku hanya mahu rehat. Mungkin aku akan berkaraoke bersama teman-teman khamis ini dan juga sabtu bersama shi. Sudah agak lama tidak bertemu dengan shi. Kain sarinya masih lagi bersamaku.

Monday, January 29, 2007

A Famosa Resort...

Belum sempat aku berehat secukupnya sejak pulang dari Mumbai, aku terpaksa pergi ke A Famosa Resort, Melaka untuk sessi teambuilding ahli jawatankuasa kelab sukan jumaat lalu. Aku sebenarnya tidak terpilih sebagai ahli jawatankuasa kelab sukan tetapi entah macamana ditarik untuk ikut serta.

Selama tiga hari di sana, aku keletihan yang amat sangat. Bukan sekadar aktiviti riadah malah sessi brainstorming juga diadakan. Namun, aku cuba sedaya upaya untuk menyertai setiap aktiviti dan aku dapat rasakan aku bukan saja sekadar turut serta saja, malah memberikan idea-idea yang bernas. Aku harap dapat kekal sikap positif ini untuk selamanya.

Aku merasa paling seronok dalam sessi brainstorming untuk mencari visi dan misi kelab sukan. Ahli-ahli dibahagikan kepada empat kumpulan dan masing-masing perlu memberikan visi dan misi masing-masing. Ahli kumpulan aku 'The Great Thinker' terdiri dari mai, nor, adi dan aku sendiri. Adi banyak membantu dalam mengetengahkan idea-idea.

Selain itu, acara mini explorace juga mengamatkan. Diadakan di Water Park, kami tak melepaskan peluang mencuba semua permainan air yang ada sebelum kami pulang bersiap
untuk makan malam di Umbai. Makanan laut hidangan malam ini. Aku kenyang...

Rancangan seterusnya pada asalnya adalah bersiar-siar di Bandar Hilir, Melaka tapi ramai yang sudah mengantuk dan keletihan. Ahli-ahli yang masih segar teruskan perjalan ke situ, manakala aku dan beberapa orang lain teman terus pulang ke bungalow dan tidur.

Esok paginya, akibat keletihan, sessi senamantua dibatalkan. Selesai sarapan, sessi brainstorming dijalankan sekali lagi. Kali ini untuk menyenarai aktiviti bagi tahun 2007 hingga akhir 2008.

Kami bertolak pulang sekitar jam 3 petang selepas selesai makan tengahari. Aku tiba di rumah jam 4 petang. Aku teramat letih dan terus terlelap sekejap.

Satu peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan semasa di sana adalah semasa aku dan fauzi mandi di kolam renang. Setelah kami terjun dan berenang beberapa ketika, fauzi dengan tidak semena-mena membuka penutup perangkap sampah kolam renang itu dan terdapat seekor tikus mati di dalamnya. Terus kami berhenti berenang. Namun, apabila teman-teman yang lain mahu berenang pula, kami terus memberi galakan. Selesai mereka berenang, kami pun tunjukkan apa yang kami jumpa sebelum itu... ha ha ...

Aku perlu menghadiri kursus selama 3 hari selepas ini. Mujur hanya di KL. Aku letih...

Wednesday, January 24, 2007

Pulang...

Aku selamat tiba di KLIA pagi tadi jam 6.30 pagi. Selesai menunggu bagasi, sekitar jam 7 aku terus menaiki ERL ke KL Sentral dan adikku sudah menunggu. Tiba di rumah jam 8 pagi aku terus bersiap untuk ke pejabat setelah dimaklumkan oleh setiausaha boss untuk datang kerja juga pada hari ini.

Aku cuba untuk menulis dari Mumbai sebelum aku pulang tapi ada masalah sedikit untuk membuka blogspot dari situ. Hari Isnin dan Selasa masa kami habis dengan bermesyuarat. Cuma diwaktu malam, Shariff mengajak lagi aku untuk ke pub menyaksikan band yang beraksi di situ. Hotel Orchid tempat tinggal kami ternyata menghidangkan makanan yang tidak halal namun kami terpaksa juga makan makanan vegetarian yang dihidangkan.

Semalam kami checkout waktu pagi setelah selesai sarapan dan terus ke mesyuarat. Selesai sekitar jam 4 ptg, kami meminta driver untuk menghantar kami ke shopping complex tapi ternyata tidak ada shopping complex yang besar seperti di Malaysia ini. Namun, aku berhabis juga duit dengan membeli loket berlian untuk ibu ku dan subang intan untuk adikku. Aku sendiri tidak membeli apa-apa untuk diriku.

Keluar dari shopping complex itu, aku dan shariff berjalan-jalan di sekitar kawasan itu dan ternyata kawasan itu memang terdapat ramai orang islam. Kami sempat menjamah nasi beriayani di sebuah restoran yang terkemuka di situ. Sebelum itu kami terjumpa kedai menjual sari yang murah-murah. Aku sempat membeli sepasang masing-masing untuk Shi dan Is. Aku harap mereka suka dengan hadiah ini.

Sepatutnya, aku dijadualkan ke Gunung Ledang mengikuti aktiviti team building bersama ahli-ahli kelab sukan syarikat. Namun, perancangan itu ditunda dan kami akan berehat di A Famosa, Melaka. Aku keletihan sebenarnya tapi aku terpaksa juga hadirkan diri untuk aktiviti ini.

Baru sebentar tadi, aku mendapat panggilan untuk temuduga. Aku berdoa semoga berjaya dan Insya'allah kerjaya aku akan lebih teratur dengan pendapatan yang agak baik dari sekarang.

Sunday, January 21, 2007

Balik...

Aku menulis dari bilik Hotel Orchid, Mumbai. Aku bosan. Aku nak balik...

Penerbangan ke Mumbai semalam begitu lancar dan tiba tepat pada waktunya. Entah kenapa aku seperti berat hati untuk datang ke sini. Selain Ariff dan Ajeem, tiada orang yang menghantar sms selamat jalan kepada aku. Sedih terasa. Sepanjang pernerbangan, aku menangis beberapa kali. Harap-harap penumpang di sebelah aku tidak perasan aku mengesat airmataku.

Pagi tadi, aku dengan shariff menyewa teksi berjalan-jalan sekitar Mumbai. Tak banyak yang dapat di lihat, jadi kami terus ke Gateway of India. Di sini memang terdapat banyak barangan yang boleh dibeli sebab murah harganya. Aku membeli souvenir untuk teman-teman dan sudah menghabiskan hampir RM200 saja di sini. Shariff sempat membeli kain sari dan jaket kulit serta teropong yang sudah lama di idam-idamkan. Kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa setengah hari saja memandangkan masing-masing sudah letih dan pemandu kereta seolah-olah tidak mahu membawa kami ke tempat-tempat shopping yang murah kerana mereka tidak mendapat komisen dari situ.

Sekarang ini aku sedang duduk berehat sambil menulis. Tidak sabar rasanya aku hendak pulang...

Friday, January 19, 2007

Cuba...

Persiapan aku ke Mumbai sudah hampir selesai semuanya. Kalau tidak ada aral, hari ini akan dapat visa dari kedutaan tetapi kerja aku masih lagi tidak siap. Hati aku seolah-olah memberontak. Aku sendiri tidak tahu kenapa.

Semalam, aku telah mencuba beriadah di gym lain. Aku menuju ke Wisma SPK yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Pertama kali ke situ terasa segan juga namun ketibaan aku disambut dengan satu suara yang agak familiar... "terbalik, terbalik, belah sana..." Bila aku toleh ke belakang, rupa-rupanya suara Kak Ros yang dulunya bertugas di gym Maxis. Terasa sedikit lega kerana ada yang kenal akan diriku.

Lalu Kak Ros menunjukkan tempat bersalin pakaian dan kebetulan waktu itu akan ada kelas BodyStep, aku pun ikut serta. Ternyata memang tidak ramai orang di situ. Aku suka dengan suasana yang tidak sesak. Selesai kelas, aku melakukan cardio exercise selain membuat weights.

Selesai di gym aku mahu ke equatorial hotel untuk solat maghrib tetapi hujan lebat. Mujur di Wisma SPK juga ada surau cuma memerlukan kebenaran guard untuk memberi laluan. Aku mulanya tinggalkan keretaku di KLCC kerana sangka aku, parking di Wisma SPK mahal. Setelah aku selidik, ternyata caj parking amat murah sekali. RM1.60 sekali masuk selepas jam 5.30 petang. Hmmm... selamat tinggal menara maxis...

Aku berasa kurang sihat beberapa hari ini. Demam agaknya. Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana setiap kali waktu tidur, hidungku berair dan tersumbat. Ini menyukarkan pernafasan aku dan tidur aku terganggu. Aku sudah mulai batuk dan tekakku terasa perit. Aku harap kesihatan aku tidak terjejas teruk semasa di Mumbai nanti.

Thursday, January 18, 2007

Sinar...

Tak dapat dinafikan sehingga hari ini aku masih mengharapkan satu keajaiban akan terjadi. Namun semalam telah menyedarkan aku bahawa aku perlu menerima hakikat. Dan hari ini, aku mesti bangkit dengan sinar yang baru. Lupakan yang lalu kerana yang lalu sudah tidak bermakna dan tidak akan kembali lagi.

Aku sempat ber'chatting' dengan seorang kenalan yang sudah agak lama tidak bertanya khabar. Namun, bukan diri aku yang ditanya khabarnya tetapi orang lain. Dia lebih mengetahui tentang orang itu dari diriku sendiri tetapi masih lagi mahu bertanya pada aku. Terdetik dalam hati kenapa perlu begitu?... Segala yang diketahuinya telah membuatkan aku pasti, tidak ada jalan berpatah balik. Aku terus tersedar. Dari kesedaran itu, aku telah melakukan sesuatu buat pertama kali. Sesuatu yang aku kira agak gila namun aku tak akan menyesal.

Aku akan terus pandang ke depan.

Wednesday, January 17, 2007

Malas...

Pasti! Ternyata yang aku mahu elakkan hampir pasti terjadi. Aku diarahkan ke Mumbai sekali lagi untuk perbincangan dengan sebuah syarikat di sana. Seorang rakan setugas akan bersama aku kali. Aku begitu teruja untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-21 di Bukit Jalil Ahad ini tetapi ternyata hampa kerana penerbangan ke Mumbai pada malam harinya. Namun, itu tugas yang seharusnya aku lakukan. Yang pasti, perjalanan kali ini tiada lagi membeli-belah untuk teman yang aku sayang walaupun sudah diperuntukkan sehari untuk kami bercuti di sana. Sebenarnya aku malas untuk ke Mumbai lagi...

Semalam, seseorang menegur aku di lobby bangunan pejabat. Nama aku dipanggil. Aku tergamam sekejap. Aku cuba amati dan cuba ingat kembali siapa dia tetapi ternyata aku tak berdaya. Lalu aku bertanya 'errr... saya kenal awak?'. Dia mengenalkan dirinya 'VASU'. Hah! VASU?... iya.. ingatan aku kembali semula. Dia teman dari sekolah rendah hinggalah tamat SPM. Sudah hampir err.. bertahun kami tak jumpa. Aku sememangnya tak sangka dia masih ingat rupa aku. Katanya, rupa aku masih tidak berubah. Err... maksudnya setelah sekian lama, aku masih lagi seperti dulu, hodoh?... Vasu bekerja di bangunan yang sama denganku. Mungkin selepas ini kami boleh berbual panjang kerana pagi itu aku sudah berjanji dengan teman untuk sarapan.

Aku sempat chat panjang dengan Shi. Rindu sangat pada mereka semua. Mungkin Shi memahami situasi aku tetapi dia turut memahami si dia itu. Yang pasti, tanpa pengetahuan Shi, aku menangis sewaktu chat dengannya walaupun sudah aku katakan aku tidak akan menangis lagi. Puncanya bila aku menceritakan kisah sewaktu aku membeli hadiah untuk tahun baru buat teman-teman yang aku sayang. Waktu itu, aku tercari-cari hadiah yang sesuai untuk Shi dan Is. Tapi mudah untuk memilih hadiah untuk mereka. Tapi yang seorang itu, aku memang buntu. Lantas aku terus memanggilnya dan bertanya apa yang dia mahukan. Dia menyatakan mahu satu set kunci rumah aku. Aku terharu. Aku menangis gembira dan sedih. Aku hampir memberikan hadiah itu kepadanya. Aku tanya berkali-kali samada dia benar-benar maksudkan apa yang dia inginkan. Namun tiada jawaban pasti. Aku terus ke KLCC untuk membelikan satu gelang yang aku harap dia hargai. Itu pertama kali aku menangis kerana seseorang. Aku hargai pemberian teman-teman aku berupa bantal bucuk, permainan dart dan sebentuk cincin yang sangat aku suka tetapi sudah aku simpan terus di dalam kotaknya. Mmm... aku sudah menyimpang dari cerita asal.

Aku makan malam di Nailis dengan Ajeem dan Abg Am. Terhibur sedikit hati aku bila bersama mereka. Aku terasa mengantuk sangat malam tadi sebab malam sebelumnya aku tak dapat tidur langsung. Aku hanya baring di katil menantikan subuh. Selesai solat aku terus bersiap ke pejabat. Itulah waktu yang paling awal aku ke pejabat dalam keadaan kerja yang tidak sibuk. Tetapi malam tadi juga tidak menyenyakkan. Pagi ini aku bangun terasa seperti demam sedikit. Aku harap ini tidak berpanjangan atau aku terpaksa melupakan Mumbai...

Tuesday, December 26, 2006

Krismas...

Krismas baru saja berlalu. Hari ini sudah mula bekerja semula. Terasa belum puas bercuti panjang tapi apa nak buat?...

Jumaat malam yang lepas, aku dan NA menghadiri Anugerah Skrin di PWTC. Satu acara yang membosankan tapi terpaksa juga hadir sebab dah beri persetujuan awal. Namun, waktu cocktail party, sempat juga bergambar bersama selebriti tempatan. Memandangkan ramai pelakon, tak terasa teruja untuk bergambar dengan mereka. NA sempat juga bergambar dengan beberapa artis ni.

Sabtu pagi, seperti biasa aku ke gym untuk kelas BS. Petangnya, aku menemankan arif untuk membeli belah kelengkapan rumah di IKEA. Malamnya, aku bermain boling dengan Shi, ND, IS, dan Farah. Kali ni permainan aku lebih baik berbanding kali terakhir aku bermain. Lebih baik dari ND… he he he. Lepas dari itu, kami lepak di Piccolo Mondo untuk makan malam.

Ahad pagi, sekali lagi aku ke gym. Farah dan ND ada. Selesai bersenam, terus ke Sushi King untuk makan tengahari dan masing-masing pulang sekitar jam 3 petang. Lebih kurang 6 ptg, arif call minta aku menemankan Dino yang ada di KL waktu ini. Dino mahu diurut, jadi tujuan kali ini ke rumah urut yang biasa di langgani Dino. Malamnya, kami makan di tupai-tupai dan minum kopi di Dome, KLCC. ND pula mengajak untuk clubbing selepas itu. Jam yang teruk menyebabkan kami batalkan niat itu dan terus ke Nailis untuk minum-minum.

Isnin pagi, sekali lagi aku ke gym. Farah, ND dan NA pun ada. Selesai bersenam, terus ke Nasi Ayam di Bukit Bintang untuk makan tengahari. Sekitar jam 3 petang, masing-masing pulang. Jam 6 petang sekali lagi arif call meminta bantuan untuk memasang kelengkapan rumah yang dibelinya. Selesai saja kerja-kerja itu, kami pun makan malam di Kedai Nasi Ayam Linda Onn.

Kebelakangan ini, aku sentiasa resah. Pada mulanya, aku tak faham kenapa aku berperasaan begini. Sekarang, aku pasti, aku di lamun cinta. Cinta?.. Aku takut tapi itu hakikatnya. Siapa? Kata orang, kadang-kadang kita tak menghargai cinta orang yang rapat dengan kita, tapi bila dia pergi, barulah terasa kehilangan yang amat sangat. Dia tidak kemana, cuma dia sudah ada yang punya setelah menunggu sekian lama. Aku terasa kehilangan…Aku harus hapuskan perasaan ini..

Monday, December 18, 2006

Kenapa...

Aku tak pasti samada ini perasaan sedih, terkilan atau apa. Sepanjang dua hari yang lepas aku lebih banyak bermurung dari kebiasaan diri aku. Aku rasa aku tahu puncanya tapi aku cuba menidakkannya. Mungkin juga kerana sikap sesetengah kawan-kawan yang menyakitkan hati.. mungkin juga.

Sabtu lepas aku masih sempat berkaraoke dengan NA, MN, ND dan Farah. Shi tak sempat bersama walaupun pada mulanya sah akan hadir. Sebenarnya, aku sepatutnya membantu harif untuk mengemas rumahnya tetapi memandangkan permintaan rakan-rakan untuk berkumpul setelah beberapa minggu tidak sempat berjumpa, aku turutkan saja untuk berkaraoke. Agak menyedihkan sebab ND tiba sejam lewat dan Shi langsung tak hadir. Tak ingat pulak samada dia orang ni minta maaf atau tidak. Mungkin itu salah satu punca aku murung beberapa hari ni. Lebih menyakitkan hati bila ND, MN dan Farah pulang lebih awal kerana mahu ke gym. Sudahnya, aku dengan NA saja yang meneruskan berkaraoke walaupun pada awalnya bukan rancangan aku.

Ahad pula, aku bermain boling dengan rakan2 berkhemah. Ramai juga yang hadir. Kali ini ND, Shi dan Yus ikut serta. Permainan hari ini agak baik walaupun agak lama aku tidak bermain. Selesai boling, terus ke Ampang Yong Tau Hu. Hampir sejam di sana kami pun pulang. Pada awalnya, MN sepatutnya mengikut kami ke Ampang Yong Tau Hu tetapi, bila dia terserempak dengan kawan-kawannya, dia terus ubah plan. Ini bukan kali pertama dia buat macam tu. Aku agak terkilan juga.

Aku harap perasaan murung ini akan berlalu...

Tuesday, December 12, 2006

Aidin...

Sabtu lepas, aku ngan Shi di jemput ke parti besday Aidin. ND tak dapat ikut sebab ada kenduri di rumah adiknya. Tidak susah untuk mencari rumah Aidin ni, Cuma mungkin jauh sikit dari bandar.

Mengikut kad jemputan, hadirin di galakan untuk berpakaian mengikut tema tigger the tiger atau winnie the pooh. Aku ngan Shi siap memakai t-shirt berwarna jingga tapi bila tiba di rumah Aidin, cuma kami berdua saja yang mengikut tema.

Makanan yang dihidangkan agak simple tapi mengenyangkan. Tak lama kemudian, Alman tiba. Letih menjaga Alman ni, orangnya teramat lasak. Lega sebentar mak ayah Alman ni sebab ada orang menjaganya. Besday boy pulak si Aidin, leka tidur dan tak mahu bangun. Kecewa ibunya sebab tak dapat meneruskan acara memotong kek. Seronok dengan keletah budak-budak comel ni.

Esoknya, aku, ND dan NA berkaraoke sakan. Ini juga merupakan sessi latihan aku untuk pertandingan karaoke sempena annual gathering akan datang bulan depan. Pilihan lagu sudah ada, cuma aku masih perlu banyak latihan intensive...

Bingung...

Minggu yang lalu, aku dengan Na ke gym untuk mengikuti kelas tarian buat pertama kali. Memang sudah lama kami merancang untuk mengikuti kelas tersebut apatah lagi kali ini akan di ajar tarian salsa. Tiba hari yang ditunggu-tunggu, aku dan NA pun masuk la kelas tersebut. Pada awalnya cuma beberapa orang saja yang ada termasuk lebih kurang empat warga emas.

Aku sangkakan kelas akan berjalan dengan lancar tanpa halangan tetapi silap. Dengan tidak di sangka-sangka, salah seorang warga tua ini menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap aku dan NA. Sehingga kini aku masih tidak pasti punca kelakuannya yang sebegitu.

Mungkin dia kurang senang kerana aku boleh menari lebih baik dari dia. Ntahlah, aku sendiri tak pasti. Cuma aku tahu, tiba-tiba dia dengan suaranya yang lantang mengatakan aku dan NA menari tidak mengikut rentak. Tetapi guru tarian mengatakan kami berdua bagus.

Kali keduanya, juga dengan suara lantangnya, dia kata kami menghadang penglihatannya. Aku dan NA agak terkejut kerana kami memang sudah berada di tepi namun kami tetap juga berdiam diri sambil bergerak ke tepi lagi supaya memberi laluan padanya. Kami lebih tersentak apabila skali lagi dia mengatakan bahawa kami belum diajar oleh guru tetapi kami sudah mahu mengajar. Memang terkedu jadinya.

Kesimpulan kami, dia mempunyai masalah peribadi sendiri mungkin dan kami tidak mahu terlibat sama. Aku dan NA pun meneruskan mempelajari lengguk salsa itu. Rasa terkilan memang tersemat dalam hati tetapi kami cuba melupakannya. Tidak lama kemudian kami terasa lega kerana guru tarian menyuruh kami membuat demo kepada rakan-rakan lain. Tetapi warga tua itu sepertinya tidak puas hati, turut mahu menunjukkan bakatnya.

Sampai hari ini, aku masih bingung dengan sikap warga tua tersebut.

Thursday, December 07, 2006

Mumbai ...

Minggu lepas aku ke Mumbai untuk menghantar tender. Ini kali pertama aku ke Mumbai sekaligus India. Agak gementar juga perasaan kali ini. Seperti tender-tender antarabangsa yang lain, tender akan dibuka di hadapan setiap penender. Kelihatan seperti transparent tetapi cuma tuhan yang tahu.

Aku dijadualkan berlepas pukul 7.20 petang 28hb November lalu. Sehingga ke pukul 4.30, aku masih lagi menunggu untuk persiapan terakhir. Tiba di KL Sentral aku diberitahu perlu untuk mengubah sesuatu dalam tender yang sudah di bungkus rapi. Bayangkan 4 kotak yang aku bawa perlu di buka dan digantikan dan dibungkus semula?.. aku pasrah..

Tiba di Mumbai, lebih kurang pukul 9 malam waktu tempatan. Hotel Park Plaza yang aku tinggal itu terletak di puncak bukit tetapi jalan ke situ kelihatan sepertinya estet getah di Malaysia. Aku terasa sedikit takut. Terbayang-bayang di ingatan tiba-tiba kenderaan hotel di rampas oleh pengganas. Syukur semua selamat.

Hotel kediaman memang mewah cuma sedikit jauh dari pekan terdekat. Setelah check-in, aku pun berehat sebentar sebelum mula membuka bungkusan kotak-kotak tender dan mengubah apa-apa yang perlu. Setelah siap, aku biarkan saja dulu. Aku di bungkus esok pagi sebab masih banyak waktu sebelum tender di tutup. Aku pun tidur tidak lama kemudian sekitar jam 1 pagi.

Jam 8 pagi aku bangun untuk membungkus semula kotak-kotak yang sudah dibuka itu. Terasa bangga bila semua kotak sudah siap dibungkus dengan cantik dan dilabel. Setengah jam kemudian aku mendapat panggilan dari Kes kerana ada lagi perubahan perlu dibuat dan fail akan dihantar melalui email. Aku terkedu sekejap. Dalam memikirkan apa yang perlu dibuat aku pun membersihkan diri dan terus ke Business Centre untuk menggunakan kemudahan IT di situ.

Akhirnya, selesai jam 1 tengahari dan aku terus berkejar ke ofis client di Bandra yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan jika laluan tidak sesak. Alhamdullilah, aku tiba lebih kurang 15 minit sebelum waktu tutup. Sebenarnya, ada beberapa lagi peristiwa yang berlaku selepas dari itu tapi biarlah aku simpan dalam hati saja.

Dari situ aku terus balik ke hotel, dan berehat. Esoknya, aku mengambil kenderaan hotel dan membuat lawatan sehari sekitar Mumbai. Aku sempat membeli-belah di sekitar Gateway of India. Memang murah-murah barang di sana malah boleh tawar-menawar lagi. Tidak banyak yang aku beli tapi cukup untuk keluarga dan rakan-rakan. Malamnya, pulang semula ke sini dengan penerbangan tengah malam dan tiba di KLIA jam 7.20 pagi.

Satu pengalaman yang menarik tapi Bandar Mumbai bagi aku sedikit menggerunkan. Orangnya terlalu ramai dengan tahap kehidupan yang berbeza membuatkan aku amat bersyukur aku dilahirkan di Malaysia.

Monday, November 20, 2006

Raya...

Dah agak lama aku tak menulis di sini. Kenapa?.. mungkin malas agaknya, mungkin juga sibuk dengan kerja. Tapi mungkin sebab kekurangan idea.

Memandangkan masih lagi di dalam bulan raya ini, banyaklah rumah berbuka di sana sini. Yang pertama sekali adalah di rumah nd. Aku dan shi turut membantu bersama. Ini adalah rumah terbuka raya kami bertiga. Lebih kurang 30 tetamu jemputan hadir. Alhamdulillah, habis juga soto yang aku sediakan. Juga mendapat banyak pujian.

Seminggu selepas itu, aku ke rumah makcik pula. Ada kenduri doa selamat dan rumah terbuka. Niat ke situ awal untuk membantu tetapi dah ramai yang berada di situ. Aku pun tidak mahu mengganggu tugas mereka, aku pun tidur untuk melepaskan penat. Waktu maghrib di ikuti dengan solat jemaah, bacaan yasin, tahlil dan di sudahi dengan solat isya' berjemaah.

Selesai saja solat isya', jamuan pun di hidangkan. Ramai juga tetamu makcik dan rakan-rakan naza yang datang. Ada yang aku kenal, ada yang tidak. Nenek pun ada. Aku pulang sekitar jam 10 malam. Letih.

Sebelum itu, awal minggu ini seperti biasa di department ada buat jamuan raya sedikit. Dari hasil kutipan dari teman-teman dan tajaan beberapa individu, jamuan yang di adakan agak berjaya. Aku menyediakan kek batik, trifle dan butter cake. Kek batik mendapat pujian dari MD. Makanan yang terhidang juga agak banyak dan hampir cukup untuk seluruh warga kerja sebenarnya walaupun tidak di jemput semua.

Sabtu lepas, aku, shi dan nd mengadakan sekali lagi rumah terbuka untuk jemputan-jemputan yang tidak hadir pada kali pertama dulu. Kali ini juga, ramai yang hadir. Agak letih juga melayan dan menyediakan hidangan sebenarnya. Tapi puas kerana makan juga hampir habis. Malamnya aku bergegas ke rumah abg man yang kebetulan juga mengadakan rumah terbuka. Ketika aku sampai, ramai sudah berada di situ. Aku agak malu kerana ramai yang tidak aku kenali. Aku terus ke bilik TV dan berjumpa dengan basha. Kebanyakan masa aku berada di situ dan sebenarnya aku tidak menjamah langsung juadah di situ.

Keesokkannya, aku menemankan arif membeli-belah di midvalley. Arif ada jamuan formal di waktu malam dan mencari baju untuk di kenakan dengan jacketnya. Mujur dapat satu yang murah dan sesuai dengannya.

Pulang ke rumah, aku agak keletihan. Mujur tidak ada yang ada keluar pada waktu ini. Hujan pun turun dengan lebat sebenarnya menjadikan suasana sejuk dan nyaman.

Cukuplah rumah terbuka setakat ini. Aku perlu menjaga berat badan agar tidak naik lagi selepas turun sebanyak 3 kilo sepanjang bulan puasa lalu.

Monday, October 30, 2006

Hari Raya...

Aku pulang cuti beraya pada ahad lepas. Kali ini cuti selama seminggu sebab majikan arah cuti paksa pada hari isnin, raya kemungkinan selasa di samping aku menghabiskan cuti tahun selama 3 hari.

Selama berada di kampung, tak banyak yang aku lakukan kecuali makan, menonton tv dan tidur. Memandangkan aku tidak ada kawan-kawan di kampung, aku hanya berjalan ke rumah abang dan ke bandar JB saja. Selain itu aku cuma lepak di rumah. Ibu aku sudah tentu suka, sebab dia kurang suka kalau aku lepak di luar.

Aku tak sabar untuk pulang ke KL. Tak sabar untuk memulakan kerja dan tak sabar untuk menghadiri rumah terbuka kawan-kawan.. he he he..

Friday, October 20, 2006

Cuti Raya...

Hari ini hari terakhir berkerja sebelum bercuti panjang sempena Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Aku memang sudah tak sabar untuk bercuti panjang walaupun aku pasti memang aku hanya akan duduk di kampung tanpa apa-apa aktiviti.

Semalam aku berbuka dengan nazeem di rumah. Hujan lebat sekali waktu petang sebaik aku tiba di pasar ramadhan. Terpaksa aku tumpang berteduh sekejap di pasar. Aku membeli ala kadar aje cukup untuk dua orang. Nazeem pun tak banyak makan, aku pun serupa.

Sepatutnya aku ke rumah hadi untuk mengambil barangan aku yang dipinjamnya tapi aku keletihan. Mengantuk pun ya juga. Selepas solat isyak, aku cuba untuk format pc aku tapi ada problem. Aku harap-harap bukan masalah besar dan dapat diselesaikan malam ini.

Malam ini, aku akan berbuka dengan nd, is dan shi di New World Hotel. Tak sabar rasanya... he he he. Mungkin selepas itu aku akan ke rumah hadi pula.

Thursday, October 19, 2006

Berbuka dengan Proton...

Malam tadi, aku dengan nd berbuka bersama Proton sempena pelancaran Motorcycles Breakdown Service 24 hrs. Pemilik-pemilik kereta proton bertuah di jemput untuk hadir berbuka di Sheraton Subang. Hujan lebat semalam melambatkan perjalanan ke situ apatah lagi kawasan situ memang dikenalpasti dengan kesesakan lalu lintas. Mujur kami tiba hampir 15 minit sebelum waktu berbuka. Aku sedikit kecewa kerana aku mengharapkan jamuan secara buffet tetapi rupanya semuanya sudah terhidang. Namun begitu, lauk pauknya sedap juga.

Jam 8 malam segalanya selesai. Aku dan andy bergerak ke One Utama untuk membeli-belah di sana. Tiada yang memikat hati aku, nd membeli sehelai baju untuk ayahnya. Dari situ kami pun terus pulang. Aku keletihan. Sepanjang malam aku perut berasa kurang selesa mungkin sebab aku minum kopi sewaktu di One Utama. Tak cirit, cuma sebu aje...

Wednesday, October 18, 2006

Raya nak tiba...

Diam tak diam, tinggal lagi seminggu saja sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba. Sepanjang ramadhan ini cuma 3 hari pertama saja aku menunaikan solat terawih. Yang selain aku terlalu mengantuk dan letih setelah berbuka di luar bermula dengan arif di Zon on the Park pada hari ketiga berpuasa.

Jumaat lalu, aku dan andy meraikan harijadi shi yang ke **.. he he he.. biarlah rahsia di Satay Haji Samuri, Taipan USJ. Memang pening mencari idea untuk kejutan buat shi ni. Tapi akhirnya terbongkar jua tapi tak mengapalah yang penting, ada ice-cream cake yang rata-rata semuanya suka. Dan juga hadiah untuk shi juga. Makanan buffet di restoran Haji Samuri berbagai jenis dan sedap dengan harga yang berpatutan.

Sabtunya, shopping. Kami ke KLCC membeli-belah untuk hari raya. Masih lagi ada jualan murah di sana sini. Aku mengambil kesempatan untuk membeli baju kerja. Malamnya aku harus menghadiri majlis kahwin Cheryl di Palace of the Golden Horses. Rasa malas untuk pergi tapi mengingatkan aku sudah berjanji, aku gagahi juga. Berjumpa dengan kawan-kawan lama amat menyeronokkan. Bila dah tiba, rasa tak nak balik pulak..he he he. Perjalanan ke hotel memang sesak apatah lagi dengan aku yang silap masuk simpang terpaksa membuat u-turn semula. Tapi aku sempat tiba sebaik waktu berbuka dan yang bagusnya Cheryl ada menyediakan juadah berbuka di satu sudut dewan.

Ahadnya, aku ke rumah makcik untuk mengambil kuih-kuih tempahan seperti tahun-tahun lepas. Rupanya makcik sudah pindah ke rumah yang lebih besar. Aku pada mulanya ke rumah lama tetapi mujur makcik telefon mengata dia sudah berpindah. Mujur di kawasan yang sama walaupun beberapa kali terbabas. Rumah ini disewa makcik tapi mempunyai 6 bilik. Corner lot dan sememangnya besar. Sewa pun besar tapi memang puas hati. Sempat makcik perli aku yang datang hanya setahun sekali untuk mengambil kuih-kuih buatannya. Bukan tak ingat, cuma tak sempat nak bertandang..he he he..

Dari situ aku dan nd terus ke rumah adi. Aku diminta untuk bantu menggantung lukisan dan berberapa peralatan di rumah barunya. Petang itu kelihatan terang tapi tidak lama selepas tiba di rumah hadi, hujan turun dengan lebat sekali. Selesai tugas, aku bergegas pulang kerana nd ada majlis berbuka bersama kawan-kawan UITMnya. Mujur sempat tiba, walaupun dalam perjalanan tadi hujan lebat sehingga menyukarkan pandangan.

Minggu ini minggu terakhir bekerja sebelum cuti untuk berhari raya. Terasa malas untuk melakukan apa-apa di pejabat. Aku habiskan banyak masa chatting. Biarlah nanti lepas raya barulah aku kerja semula..he he he...

Monday, October 02, 2006

Hujung Minggu...

Sabtu lepas, aku bantu hadi untuk pindah rumah. Waktu itu dah lewat petang. Paginya aku ke Queen's Park untuk beli perfume. Tiba di sana saja, sudah ramai yang berbaris dan agak panjang walaupun baru saja jam 10.30 pagi. Mau tak mau aku pun berbaris ngan basha. Kelihatan yang keluar ramai dengan berkotak-kotak minyak wangi. Dalam hati aku terdetik, gila ke apa dia orang ni?..

Tiba giliran aku masuk, memang ternyata perfume yang dijual murah-murah belaka. Sekitar RM40 ke RM120 saja. Memang gila. Tak percaya? Aku sendiri berbelanja hampir RM600 dan basha sebanyak RM800.

Petang itu lepas balik ke rumah, hadi pun sampai. Destinasi pertama kami, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mendapat barangan untuk rumah barunya. Permaidani pun siap dibelinya walaupun tidak ada dalam senarai. Dalam kesibukan membeli belah itu, waktu berbuka pun hampir tiba. Terus kami ke Maju Junction untuk berbuka di food court tapi ternyata semua meja sudah penuh. Kami hanya minum 10 minit selepas azan maghrib dan makan lebih kurang 20 minit selepas itu. Lepas itu pulang kerumah dan terus ke rumah baru hadi. Bukan untuk bersantai tetapi untuk membersihkan rumah. kerja-kerja membersih selesai hampir jam 1 pagi dan aku tidur lebih kurang jam 2.30 pagi. Pagi jam 10 aku perlu ke LCCT untuk ambil nd pula.

Lepas ambil nd, terus ke rumah aku dan ajak basha untuk main boling. Sebelum itu kami jumpa di Jalan Masjid India. Baju melayu aku masih belum siap, baju nd sudah siap dan menjadi tarikan pengunjung pula. Dari situ kami berjumpa dengan basha dan terus ke One Utama. Di situ bermain boling 2 game seorang dan bershopping sehinggalah waktu berbuka, kami ke Chili's. Letih sungguh.

Friday, September 29, 2006

Berbuka ngan Fauzee . . .

Semalam aku berbuka puasa dengan fauzee di sebuah tempat di mana student-student Food Institute of Malaysia sedang menjalankan latihan praktikal. Linda masih lagi belajar di situ dan sepatutnya bertugas waktu itu tapi kerana dia kurang sihat, tempatnya di ganti oleh orang lain.


Hidangan berupa set dinner dan kuih-muih sebagai juadah berbuka puasa. Walaupun set tetapi hidangannya pelbagai jenis. Ada rendang minang, sup ayam, ikan bakar, ayam masak merah, kerabu taugeh, kerabu kacang botol, sayur campur dan beberapa lagi hidangan. Berbaloi dengan harga RM18 sehidang.Cuma mungkin disebabkan mereka masih lagi belajar, rendangnya terlebih garam, nasi pandannya kurang masak tapi secara keseluruhannya bagus la.

Besday nd...

Rabu lepas, ulangtahun hari lahir nd yang ke... yang ke berapa ek?... he he he.. biarlah rahsia. Aku ngan shi plan untuk buat surprise parti tapi macamana nak surprise nd kalau parti tu nak buat kat rumah dia sendiri? Fikir punya fikir, kami surprisekan nd dengan kehadiran aish dan warga kerja nd. Hah!... memang surprise sangat.

Aku, is, shi, mad nor, basha, kast dan arif memang andy tak heran pun tapi sejurus selepas berbuka, aish, sa'adah, wally, ara, mail, en lan, masuk ke rumah dengan 2 biji kek. Memang terkejut nd. Meriah sungguh dan kelamkabut sebab tak cukup pinggan dan segalanya. Harap-harap nd gembira dan semoga dia panjang umur dan murah rezeki.

Thursday, September 28, 2006

Kembali menulis...

Lama aku tak menulis kat sini. Malas sebenarnya. Sepanjang aku 'menghilang' banyak aktiviti yang aku lakukan. Antaranya menyaksikan teater Puteri Gunung Ledang the musical. Kali pertama dulu tak sempat untuk mendapatkan tiket. Tetapi kali ini peluang tidak dilepaskan. Memang ternyata tidak mengecewakan. Memang PGLtm berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Selain tu, aku juga ke Bangkok bersama hadi, nd, mad nor dan basha dari 25hb hingga 31hb Ogos. Kebetulan pula hareeff ada conference kat situ dan dia meng'extend' kan cuti nya di sana, sempatlah kami keluar bersama-sama pada hujung minggu itu. Memang seronok cuti bersama kawan-kawan ni apatah lagi semuanya agak gila-gila sikit perangainya. Dua hari pertama diperuntukkan khas untuk orang-orang yang suka shopping. Chatuchak hanya di buka pada hujung minggu. Jadi, siang hari sabtu dan ahad memang kami ke situ. Hari isnin pula kami ke Pattaya, sempat menyaksikan show di Tiffany. Selain itu, sempat aku bawa mereka ke Wat Phra Keow dan China Town. Selain itu aktiviti bebas.

Terbaru, aku menunaikan umrah seminggu selepas pulang dari Bangkok. Kali pertama mengerjakan umrah ni, perasaan agak gementar setelah mendengar pelbagai cerita. Tapi aku cekalkan hati dan alhamdullilah, pengalaman mengerjakan umrah memang sesuatu yang indah. Keseronokan berada di Madinah dan Mekah, serta beribadah di dua masjid mulia di sana memang tak dapat digambarkan. Insya'allah, kalau ada peluang lagi, aku ingin ke sana kembali.

Semalam ulangtahun hari lahir Nd. Aku dan shi plan untuk mengadakan surprise untuk nd tapi agak sukar memandangkan sekarang ini bulan puasa. Nd pastinya sudah dapat mengagak kalau-kalau kami mengajaknya untuk berbuka puasa. Akhir aku terfikir, mungkin surprisenya bukan parti itu sendiri tetapi jemputan-jemputan ke parti itu. Jadi, aku dan shi sepakat untuk kejutkan nd dengan kehadiran sepupunya dan rakan-rakan sekerjanya. Part yang itu, shi yang handle denga saadah. Memang mereka tu semua sporting belaka... he he he.. Mereka semua masuk kerumah sejurus selepas berbuka menjadikan nd tergamam sebentar.. ha ha ha.. PUAS!!!

Tuesday, August 08, 2006

Hujung minggu yang menyeronokkan...

Sabtu lepas, unie kahwin. Jemputan dah lama dapat. Aku mengajak sekali Shi, nd dan is. Kebetulan pulak nd ada hal sikit, jadi tak dapat ikut. Hadi pun datang ke KL juga. Aku pun ajak hadi menggantikan tempat nd. Tiba di rumah unie sekitar jam 2.30 petang. Masih lagi ramai orang. Pengantin sedang bersanding. Kami pun terus mencari tempat duduk dan makan. Memang masing-masing kelaparan. Mujur makanan memang sedap di tambah dengan pencuci mulut yang menarik.

Tak sangka juga, shi jumpa kawannya di sana. Is juga. Hadi pulak jumpa bekas anak muridnya. Masing-masing ada kawan di sana. Selesai jumpa unie, kami pun pulang ke rumah. Malam ini final AF4. Memang dah plan untuk masak dan makan di rumah nd. Nd tak ada tapi kunci rumah ada, apa lagi. Kami jadikan rumah nd untuk berpesta.
Aku memasak spaghetti. is siang-siang dah order Tiramisu. Shi?.. Shi makan aje.. he he he..


Malamnya, Mad Nor datang. Komeng pun ada jugak. Masing-masing ada komen persembahan finalis-finalis AF4 ni. Tetapi rata merasakan final kali in agak hambar.

Esoknya, is, Shi dan aku gi karaoke. Entah kenapa kali ini makanan seperti habis cepat. Geram rasanya tapi ada jugak ditambah masih lagi habis cepat. Selesai karaoke, aku pun pulang ke rumah. Kepenatan tetapi puas...

Thursday, August 03, 2006

Kerja yang banyak...

Sudah agak lama aku tidak menulis di sini. Kemalasan mengatasi segala-galanya. Namun aku cuba juga untuk mencatat sesuatu di halaman ini. Beberapa minggu yang lepas aku begitu terdorong untuk ke gym. Berat badan sudah naik. Aku perlu melakukan sesuatu. Saban hari aku ke gym untuk melakukan pelbagai riadah.

Sabtu ini ada jemputan majlis kahwin rakan setugas. Selepas dari itu, malamnya ada konsert final AF4. Aku dah merancang bersama beberapa orang kawan rapat untuk memasak spaghetti dan makan sambil menonton konsert nanti.

Selain itu, boss aku di pejabat sudah diberikan kata dua oleh pihak atas untuk dia berhenti kerja. Kasihan juga dengan dia tapi lega pun ada. Mungkin dia kurang sesuai berkerja di sini. Semoga dia akan lebih berjaya di tempat lain.

Sekarang ini, ramai yang sibuk memperkatakan tentang perkahwinan Siti Nurhaliza. Aku terima apa saja keputusan Siti sebab dia yang akan kahwin. Dia juga yang akan bertanggungjawab dengan keputusannya sendiri. Aku tumpang gembira dan berdoa agar perkahwinannya akan bahagia dan kekal ke anak cucu. Mungkin aku akan hadiri majlis persandingannya di Kuala Lipih nanti.

Dalam kesibukan kerja ni, aku sempat juga merancang untuk bercuti. Kebetulan Airasia menawarkan tambang murah dan setelah berbincang dengan beberapa orang rakan, kami sepakat untuk bercuti ke Bangkok. Tak sabar rasanya aku hendak bercuti. Kali terakhir aku kesana rasanya tahun 2001. Agak lama juga aku tak berjumpa dengan kawan aku di situ. Semoga perancangan aku ini akan berjalan lancar dan menyeronokkan.

Friday, July 14, 2006

Gunung Datuk...

Sabtu lepas, aku dengan kawan-kawan mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan. Sudah hampir 2 bulan ketiadaan aktiviti mendaki. Gunung Datuk sudah pernah aku daki pada tahun 2004. Seingat aku, pendakian tidak mengambil masa yang panjang.

Semua kawan-kawan berkumpul di DBKL sekitar pukul 10 pagi pada hari sabtu itu. Suzie orang terakhir sampai bersama Ina. Setelah semua sampai, kami pun bertolak terus ke kaki gunung. Sebelum itu sempat juga makan tengahari di Rembau.

Pendakian bermula tepat pukul 2.30 ptg selepas segala urusan pendaftaran di pejabat perhutanan selesai. Cuaca agak panas juga berbanding dengan waktu pertama kali aku mendaki di mana waktu itu baru lepas hujan. Tapi kali ini, tiada hujan dan angin menyebabkan terasa keletihan yang amat sangat. Peluh meleleh bagai air sungai. Setelah 15 minit mendaki, aku mula sedar pendakian ini tidak mudah tapi perlu diteruskan juga. Akhirnya, setelah mendaki selama 2 jam 45 minit, aku berjaya tiba di puncak dengan Hadi mendahului aku. Rakan yang lain tiba kemudiannya. Kami pun mengambil kesempatan untuk menghilangkan keletihan di puncak batu Gunung Datuk. Angin bertiup sepoi, nyaman.

Malam itu, seperti biasa, Ati dan geng akan masak untuk makan malam. Memang rajin mereka semua. Selesai makan, kami naik sekali lagi ke puncak batu untuk berehat dan menikmati pemandangan waktu malam dari puncak. Sekitar jam 11 malam kami pun turun dan membuat aktiviti masing-masing. Ada yang berborak, ada yang masak maggi tapi aku lebih senang tidur. Keletihan sungguh. Aku lebih selesa tidur di luar saja. Dalam enak dibuai mimpi, hujan turun sekitar jam 6 pagi. Kelam kelibut jadinya. Terpaksalah tidur secara duduk sehingga terbit matahari. Rancangan untuk melihat matahari terbit pun musnah. Berhenti saja hujan, Ati dan geng menyediakan sarapan. Cekodok bilis, roti cecah kari ayam, buah apple dan air teh-o. Cukup berselera. Selesai sarapan, bersiap untuk turun ke kaki gunung. Tepat jam 11 pagi, kami pun bertolak. Aku mengambil masa 45 minit untuk tiba di kaki Gunung Datuk dengan Hadi mendahului aku juga. Lega rasanya.

Setelah membersihkan segala peralatan dan diri, kami pun bertolak ke Seremban untuk melawat Haiza yang kurang sihat. Kami di jamu dengan Cendol, Cara Berlauk dan Roti Jala. Memang menyelerakan walhal sudah makan tengah hari sebelum ke rumah Haiza. Dari situ kami pun pulang mengikut kenderaan masing-masing. Aku menghantar Ema ke Central Market, Suzie dan Ina ke DBKL. Aku pun terus pulang selepas itu. Keletihan.

Friday, June 23, 2006

Letih...

Beberapa minggu ni, aku memang keletihan sangat. Sebabnya... aku sering ke gym untuk bersenam. Selain tu aku masuk juga kelas-kelas seperti yoga dan sebagainya. Tapi sebagai permulaan aku kena pergi setiap hari untuk memantapkan stamina dan tubuh. Mungkin bila dah maintain barulah aku kurangkan kekerapan ke gym.

Minggu yang lalu, di gym mengadakan tema superman pada hari Isnin. Aku, shi, nd dan hadi sempat juga menyertai kelas yang diadakan lengkap dengan t-shirt superman. Akhirnya kami berjaya mendapatkan 3 tiket free untuk menonton filem Superman yang terbaru di Cineleisure berdekatan dengan the Curve.

Sabtunya, aku bersama teman-teman berkaraoke. Memang gila perangai masing-masing tapi menyeronokkan. Malam itu, aku sudah berjanji untuk menjemput teman-teman ke rumah untuk makan malam. Puding jagung sudah disediakan semalam lagi. Cuma perlu masak spaghetti dan kuahnya aje. Shi dan ispun teringin mencuba brownie coklat. Kurang menjadi tapi tetap sedap. Nd bawa ayam goreng. Malam itu sambil menyaksikan konsert AF4 yang ke-5, kami pun makan malam. Lewat jam 12 barulah mereka pulang.

Tuesday, June 20, 2006

Paintball...

Minggu yang lepas ni, memang dinanti-nantikan. Aku tak pernah mencuba permainan paintball ini dan ini merupakan percubaan pertama aku. Satu lagi yang menjadikan aku takut sedikit ada kerana aku dan mariati yang merancang perjalanan permainan ini. Kami mengharapkan segalanya akan berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, memang tak pernah tepat waktu bila pergi dengan member-member ni. Nasib baik teman-teman pejabat aku sudah sampai awal. Hampir jam 12 tgh hari permainan baru di mulakan setelah di beri serba sedikit taklimat. Memang paintball in mengasyikkan. Memandangkan permainan ini di buat di Woods Resort, Ulu Yam, kami mengambil kesempatan juga untuk berkelah. Masing-masing membawa juadah di samping penyediaan BBQ oleh mariati. Pendekata, memang seronok sangat setiap orang yang hadir. Permainan paintball tamat lewat tetapi aku terpaksa pulang awal kerana menumpang kereta nd.

Malamnya, aku, sheera dan andy makan malam di Cozy House. Hmm... dari siang ke malam, tak habis-habis makan.


* nak main lagi paintball, tak sabar nak tembak orang ni...

Di Puncak Genting....

11hb lalu, aku dengan kekawan naik ke Genting Highlands. Plan ni memang dah lama kawan2 rancang memandangkan ada promosi harga murah. Sememangnya aku tidak ada dalam senarai pun tetapi di saat akhir, aku di ajak sekali untuk mencukupkan kuota.

Memang menyeronokkan setelah lama tidak menjejakkan kaki di Kota Keriangan ini. Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuba segala permainan baik yang diluar atau pun di dalam. Satu-satu permainan yang membuat aku teruja sudah tentulah space shot. Terasa seperti di awangan-awangan tat kala kami di lepaskan turun ke bawah. Terdiam sekejap.

Bilik hotel di First World ini agak kecil tapi memadai untuk tido dengan selesa. Air pancuran di bilik mandi juga laju. Aku tidur hampir jam 2 pagi. Keesokannya, jam 8 pagi sudah bersedia untuk sarapan. Memang agak mengejutkan sebab hari ini hari permulaan sekolah setelah bercuti selama 2 minggu tetapi masih ramai lagi pengunjung di Genting ini. Semasa sarapan, kelihatan restoran penuh di kedua2 tingkat. Ternyata ramai pengunjung dari Negeri China.

Setelah membeli belah sedikit, kami pun bersiap untuk pulang. Malamnya, aku sempat ke gym untuk bersenam.

* terimakasih pada kawan2 yang mengajak, memang kenangan yang menyeronokkan.

Tuesday, June 06, 2006

Yoga....

Hampir tak sedar, sudah seminggu aku tak menulis. Tapi aku pun tak tahu apa yang hendak di tulis. Seperti hari-hari biasa, aku habiskan masa di gym cuma pada hari khamis lepas, aku ke The Curve. Itu pun sebab dah berjanji dengan sheera. Nd pun baru balik dari Beijing. Aku masuk kelas yoga. Ya, kali pertama masuk kelas yoga. Hmm.. letih dan sakit giler otot-otot. Lepas itu, aku ngan sheera masuk kelas bodysteps pulak. Memang letih la...

Sepanjang Andy tak de, memang kami jarang makan malam. Memandangkan dia dah balik, malam tu pergi la juga ke kedai mamak untuk makan.

Sabtu lepas Ady datang. Lepas selesai gym, aku ngan hadi ke warehouse sale kat Queen's Park di Cheras. Lain tempat yang nak dituju, lain tempat pulak yang kami beli barang. Tapi tak banyak shopping. Lepas selesai, kami ke rumah nd sebab malam tu kami berjanji nak berkumpul ngan Shi, is dan Mad Nor kat rumah nd. Aku dan Shi tidur di rumah nd. Malam itu, kami ke Bond, kelab malam terbaru di KL ni. Mungkin disebabkan cuti umum, tak ramai yang hadir. Hampir jam 3 pagi, kami pun pulang.

Esoknya, ada undangan majlis kawin kawan pada nd, is dan Shi. Aku dan hadi ikut aje. Lepas majlis tu, kami ke The Curve, hmmm.. dia orang ni kuat berbelanja.. he he he.. tak pe, kredit kad ada..

Habis shopping, kami makan di Marche. Pengalaman pertama kali bagi aku. Harga agak mahal tapi aku suka konsepnya. Memang letih dua hari ni. Ntah bila aku nak dapat cukup tidur..